Wednesday 4 November 2015

Opis baru, semangat baru.


Sejak opis bertukar tampuk pemerintahan dua tahun lepas, dah lama ura2 bos baru nak bawa kami pindah. Bos baru tak rasi sangat dengan bos apek, bos lama kami tu. Bangunan opis tu pulak milik bos apek. Tapi mengenangkan kontrak bos apek masih terikat dengan kami hingga April 2015, maka bos baru dok la tangguh2. Lepas tu aku pulak tengah sarat mengandung, bos kata tunggu lah aku abih cuti bersalin hingga Ogos 2015. Maka September 2015 baru terlaksana plan nak pindah opis baru di area Garden Shoppe, One City Subang Jaya.

Kami pindah boleh kata bawa sehelai sepinggang ja kot. haha. Perabot semua kami tak ambil. Computers, printers and plotters saja kami angkut. Dokumen2 opis lama pon bos pesan angkut 30% saja. Pening kepala kami nak memilih mana nak kena bawa, mana nak kena buang! Luckily aku got immunity, account record file must be kept at least 7 years. hehe. So tak banyak sangat aku kena sorting files.

Ambient Opis baru ni totally beza dengan opis lama. Opis baru ni lebih simple, minimalis, nampak sangat bos baru ni sangat kedekut nak spend on renovation. haha. Tak kisah lah, kami pon hepi ja, as long as masih ada opis nak mencari rezeki.


Mula pindah sini, culture shock gak lah bab parking. Free Parking space very limited. Datang lewat sikit kimsalam lah nak dapat parking free. Kena masuk parking berbayar bawah basement which is cost me RM4 per day. Fuhhhhhh. Kira costly gak lah kalau sebulan dah baper nak kena bayar tu kan. Bos ada lah bagi elaun parking sikit, tapi still kena jimat kalau boleh. 


Area opis baru ni cuma ada seketui kedai makan melayu. Kedai makan lain memang heaven, banyak pilihan, tp byk yang tak halal pahtu kalau halal pon jenis kedai costly nak makan hari2. Mujur gak sesatu nya kedai makan melayu tu sangat lah best pilihan makanan nya. Yang penting harga pon reasonable.

Kadang jemu, maka berbekal lah kita bertingkat2.


Sesekali rindu gak dengan opis lama. 16 tahun katanya dok sana, mau tak teringat. huhu.

Ada cite best opis lama tu. Bila dah pindah baru aku tahu cerita tu. Cerita2 opismate yang penah kena 'tegur' dengan 'kekawan'. Peliknya, aku ni tak penah pulak depa nak tegur. hahaha. Nauzubillahhh. Mujur gak lah tahu cerita bila dah tak duduk sana, mau tercirit gak  kalau tahu sebab aku memang dok sorang2 ja sokmo kat opis bawah. huhu. Depa suma kat opis atas dan selalu stay back.

Depa kata masa aku cuti pantang tu makin hebat 'kawan2' tu bergurau. Maybe depa pon sedih kot kami nak pindah so ngusik kaw2. haha. Adeh laa.








No comments:

Post a Comment