Selesai sudah majlis untuk adik lelaki. Kenduri kahwinnya ujung bulan 9, sambut menantu nya ujung bulan 11. Lega sangat rasa bila semua dah lesai ni. Tak tahu lah kenapa majlis adik yang satu ni rasa tekanan nya lebih sikit. Bukan besar sangat pon majlis nya, tapi selagi tak selesai selagi tu tak tenteram rasanya. Maybe tahun ni banyak sangat hal nak kena hadap.
Kami gotong royong saja buat masak2 kenduri ni. Panggil jiran2 Mek mai nulun mana patut. Tetamu pon tak ramai sangat Mek jemput. Lebih pada majlis nak merai keluarga perempuan mai bertandang saja. Adik beradik Mek dari Besut ramai datang berkampung di rumah, meriah sangat. Paling best, memalam bila nak tidur tu masing2 pandai2 lah menyelit cari port. Haha.
|
Tok Ayoh dengan Pok Pa, adik Mek tengah siang daging nak buat gulai kawah. |
Mak punya menu ari tu ada gulai kawah, ayam goreng berempah, solok lada, acar timun, ikan masin dan sambal. Pencuci mulut nya bubur kacang. Solok lada tu paling WIN lah orang kata, gigih Mek buat. Mujur last minit dapat gak lada solok ni. My kakak from Kota Bharu tolong beli kan kat pasar KB.
|
solok lada |
|
simple acar mentah |
|
sambal lada yang super sedap cukup rasa |
|
ayam goreng berempah bodo2 |
Mujur gak cuaca di hari kejadian nya panas elok. Dah berminggu asyik hujan saja kat kampung. Rezeki kami.
My mak sedara yang susun2 tempat buffet ni suma. Dia letak daun kari as penghalau lalat, petua katanya. Tapi tak berkesan sangat pon. Haha. But nice try lah, boleh jadi deko meja gak. Habis togel pokok kari Mek.
|
Budak paling sonot ramai babysitter dok amik pegang dukung. Hasil nya balik KL pahtu jadi bertambah manja kededek nak berdukung saja. Hoihhh. |
Aku amik cuti sehari saja, ari Jumaat. Majlis nya hari sabtu. Ahad esoknya lepas Zohor terus balik KL. Penat sangat ikutkan, dengan baby Daneen pon kemain merap bila balik tu asyik nak suruh tala dia saja. Tak jadi kijo sungguh. Dah sedap 3 hari kena kelek sesaja dek orang, diam je dia orang tu amik orang ni amik sengeh bongeh. Senang mak ko nak nulun wat kijo. Tapi akibatnya, bila balik KL naik pening aku sorang nak kena layan dia. haha.
Esok MIL sampai our rumah. Baru nak tarik nafas lega nak enjoy weekend tanpa agenda, haha. Ada tamu nak mai kena lah fikir apa2 plan yang menarik takkan nak lepak rumah saja. Malam ni MIL naik bas dari Jerteh nun dengan 2 orang cucu dia, anak my SIL. Meriah lah umah kami nanti. Budak2 paling tak sabar tu tunggu Maktok nya. Dah lama Maktok tak mai sini.
Tapi kalau MIL tak mai pon, weekend akan penuh dengan agenda jugak. Nak mencari barang kelengkapan sekolah wehhhh.
No comments:
Post a Comment