Assalamualaikum warahmatullah,
Selamat Tahun Baru 2016. Bulan 1 pon dah nak sampai penghujung. Pejam celik orang kata, masa berlari pantas.
Tahun ni merasa lah handle 3 orang anak sekolah. Jadi mak supir jua. Bila hari sekolah, rutin aku bermula dari jam 5 pagi. Sedia kan bekal untuk anak sekolah pagi dan petang. Bekal biasa2 saja, takdan nak berbento-bento pon ikut trend. Asal sempat siap dan cukup bekal nya, dah tarik nafas lega lah aku. Kadang rutin terganggu bila baby Daneen tersedar dan tak mahu sambung tidur. Merasa lah kalut tahap gaban. Mana nak kelek anak, mana nak siapkan bekal, mana nak kerah anak siap ke sekolah, mana nak siapkan diri sendiri nak pergi opis. Pitam.
Jam 6.45am kena keluar rumah. Singgah taska dulu hantar baby Daneen. Ayra kadang abah nya hantar, kadang kami hantar. Abahnya keluar rumah jam 7.30am. Setel hal dua beradik yang kecik ni, terus tuju sekolah. Setakat 3 minggu sekolah ni, we are managed to reach school at 7.10-7.15am. Timing pepagi memang kena plan elok2, lewat 2,3 minit saja boleh jadi lari abih timing. Phewwww.
Usai hantar anak ke sekolah memasing, aku terus ke opis. Tahun ni boleh jadi pekerja cemerlang lah aku. Jam 7.40 dah terpacak kat opis. Luckily I am morning person, Happy saja bila sampai opis awal gitu, terus stat enjin buat itu ini. Fresh tanpa gangguan.
Jam 12.50 tengah ari keluar ambil dorang pulak. Auni balik jam 1 tgh ari, Aisyah & Ainaa jam 1.20. Sekolah dengan my opis ni boleh kata dekat saja, kalau tak pusing2 tu dalam 5-10 minit boleh sampai. Lesai ambil masing2 kat sekolah terus bawa dorang ke sekolah KAFA. KAFA ni kelasnya mula jam 2.15pm. Memang takda lah nak pusing or singgah lepak memana. Sedang elok ja timing tu untuk depa makan, tukar baju dan solat Zohor.
Selalu nya kami lepak makan kat halaman sekolah KAFA dekat kerusi batu depan pejabat Guru. Ramai ja budak2 lain yang sama senasib. Buka bekal masing2 nampak seronok masing2 berkelah situ.
Buka bekal, lauk simple2 saja sempat Mama masak pepagi. |
Our kereta dah jadi rumah kedua kami kot. hehe. Persalinan KAFA memang sesiap bawa dari pagi, gantung dalam kereta. Tukar dalam kereta saja lah. Mujur lah dulu tak kedekut nak pasang tinted gelap sikit, memang baloi lah. haha. Adeh la. Macam orang nomad, tapi tu saja pilihan terbaik yang ada pon. Nak bawa balik opis jap takut lewat lak nak patah balik. Lagi penat nak ulang alik gitu. Tapi hari JUMAAT memang wajib bawa dorang balik my opis. Gap time lama, 2 jam. So meh la balik opis mama sat. Boleh la tukar pakaian dan makan dengan selesa sikit. Nak mandi pon boleh.
Jumaat boleh lepak opis Mama. |
Penat memang penat. Tp syukur dapat peluang urus sendiri hal sekolah anak2. Cuma kadang kesian kat anak2 yang kecil - Daneen & Ayra. Spashly Daneen lah. Pepagi buta, gelap lagi tu dah kena angkut pergi taska. Kalau dulu jam 8am baru hantar. La ni takdan nak gomol baby banyak2 pepagi. Most of time angkat dia time tengah syok tido. huhu. What to do. Sometime you have to loose some to get some. Mujur rutin petang tak banyak berubah pon. Kalau dulu sampai rumah jam 6pm, now managed to make it at 6.05 - 6.10pm. Boleh gomol baby puas2.
Saya dah tumbuh gigi 2 batang. Hobi saya suka geget now. Ouchhhh. |
Hihi.. aku bca pulak yg pnt
ReplyDeleteTkpe lh berpenat sekarang
Dh besar semua nnt mesti rindu saat ni