Thursday, 10 December 2015

A story of sleepless night's mom...


Baby Daneen tengah demam. Demam nak berkalih bulan ka apa tak tahu lah. Memalam tido asyik nak mengempeng saja lah dia. Memang tak lena tido kita dibuatnya. Semalam tengok dia ok sikit terus cilok keluar setel kan memacam. Baby Daneen hantar ke babysitter jap. Laki bini amik cuti sehari, tapi a day was started macam hari kijo gak. Pepagi dah keluar rumah macam gaya nak pergi kijo.

Pekena kopi O kawww bagi cerah sikit biji mata yang tak cukup tido
Ikutkan plan nak terus pergi sekolah beli buku sekolah anak2, sekali nya kedai buku buka jam 9 pagi. Jom lah bekpes dulu Cik Abe cakap.

Setel hal buku Aisyah, Ainaa & Auni. Kos buku saja lebih RM300 tiga beradik tu. Phewwww. Dah lah tahun depan dah tak dapat claim duit bantuan sekolah RM100 tu. Isk isk iskkkkkk. Apalah nasib.

Lepas tu kami hala ke EPF pulak. Urus kan pengeluaran EPF sikit. Ni untuk persiapan plan projek tahun depan. Moga segalanya berjalan lancar lah.

Jam 11 pagi dah peluh tiak setel 2 hal. Balik rumah jap angkut semua kecuali baby Daneen ke Warehouse Sale. Nak cari kasut sekolah pulak. Warehouse ni area Kota Kemuning sana. Tau pon thru FB grup taman.

Hasil rembatan




Kasut2 sekolah jenama Ben 10, Barbie ada flat price RM15- RM20 sepasang. Sandal2 biasa tu harga antara RM 5 - RM 8 ja. Murah banyak lah. Dalam pada nak jimat, pejam mata gak rembat mana patut.


Auni punya


Lepas setel sopin kasut sekolah, kami gegas pergi Klinik Kesihatan Jenjarom pulak nak cucuk imunisasi Ayra. Dah nak genap umur 2 tahun dah mek tu, tp last injection umur 18 bulan belum dapek2 lagi. Lega bila dapat setel banyak hal seharian semalam. Lepas Asar sampai rumah, flat abissssssss. Tambah penat bila demam baby Daneen pon belum kebah sangat lagi. Huhu.

Indeed.

Friday, 4 December 2015

Cuzzy crazy cosy...


Bila mana kau punya sepupu sepapat yang hampir sebaya,
berjumpa berkumpul sesekali mengundang gempita,
rumah atok nenek umpama syurga,
asal saja kamu bahagia.

#walau henpon mama jadi mangsa





Ke Korea depa...aku bila pulak?


Minggu lepas sempat mendetin dengan geng baru balik Korea - Kak Inaz dan Jiejah. Best dengar cite depa, lagi best kalau dapat ikut sekali ari tu kan. huhu. Tapi apakan daya, memang aku ni dah tadak rezeki nak jenjalan jejauh dah. Mana nak letak se kenit dua orang tu - Ayra dan baby Daneen.

Detin makan2 kat Absolute Thai. Sedap weiiii. Tapi rega ya ampun. Pejam mata saja bayar. Haha.


Kak Inazz dah kira otai trip Korea. Since my first and last trip tahun 2012 tu, Kak Inaz dah ripit Korea 3x dah tak silap aku. Trip hat ni Kak Inazz siap lajak g Jeju Island.

Masa depa pergi ni dah hujung Autumn. Pokok lelawa daun kaler2. Ni cilok gambar2 depa kat sana.

#Pinjam sat naaa Jahhhhh. Bila nak update belog tuuuuuuuuuuuuu?

At Nami Island

Lawanyaaaa pokok.
Ada rezeki memang nak sangat pergi sana time Autumn pulak. Ntah bila la pulak tu.

Togel ja Nami masa aku pi

Tapi best gak lah dapat jumpa snowy


Thursday, 3 December 2015

Kenduri Sambut Menantu, and yeayyyy MIL nak mai KL...

Selesai sudah majlis untuk adik lelaki. Kenduri kahwinnya ujung bulan 9, sambut menantu nya ujung bulan 11. Lega sangat rasa bila semua dah lesai ni. Tak tahu lah kenapa majlis adik yang satu ni rasa tekanan nya lebih sikit. Bukan besar sangat pon majlis nya, tapi selagi tak selesai selagi tu tak tenteram rasanya. Maybe tahun ni banyak sangat hal nak kena hadap.

Kami gotong royong saja buat masak2 kenduri ni. Panggil jiran2 Mek mai nulun mana patut. Tetamu pon tak ramai sangat Mek jemput. Lebih pada majlis nak merai keluarga perempuan mai bertandang saja. Adik beradik Mek dari Besut ramai datang berkampung di rumah, meriah sangat. Paling best, memalam bila nak tidur tu masing2 pandai2 lah menyelit cari port. Haha.

Tok Ayoh dengan Pok Pa, adik Mek tengah siang daging nak buat gulai kawah.
Mak punya menu ari tu ada gulai kawah, ayam goreng berempah, solok lada, acar timun, ikan masin dan sambal. Pencuci mulut nya bubur kacang. Solok lada tu paling WIN lah orang kata, gigih Mek buat. Mujur last minit dapat gak lada solok ni. My kakak from Kota Bharu tolong beli kan kat pasar KB.

solok lada

simple acar mentah

sambal lada yang super sedap cukup rasa

ayam goreng berempah bodo2
Mujur gak cuaca di hari kejadian nya panas elok. Dah berminggu asyik hujan saja kat kampung. Rezeki kami.



My mak sedara yang susun2 tempat buffet ni suma. Dia letak daun kari as penghalau lalat, petua katanya. Tapi tak berkesan sangat pon. Haha. But nice try lah, boleh jadi deko meja gak. Habis togel pokok kari Mek.


Budak paling sonot ramai babysitter dok amik pegang dukung. Hasil nya balik KL pahtu jadi bertambah manja kededek nak berdukung saja. Hoihhh.
Aku amik cuti sehari saja, ari Jumaat. Majlis nya hari sabtu. Ahad esoknya lepas Zohor terus balik KL. Penat sangat ikutkan, dengan baby Daneen pon kemain merap bila balik tu asyik nak suruh tala dia saja. Tak jadi kijo sungguh. Dah sedap 3 hari kena kelek sesaja dek orang, diam je dia orang tu amik orang ni amik sengeh bongeh. Senang mak ko nak nulun wat kijo. Tapi akibatnya, bila balik KL naik pening aku sorang nak kena layan dia. haha.

Esok MIL sampai our rumah. Baru nak tarik nafas lega nak enjoy weekend tanpa agenda, haha. Ada tamu nak mai kena lah fikir apa2 plan yang menarik takkan nak lepak rumah saja. Malam ni MIL naik bas dari Jerteh nun dengan 2 orang cucu dia, anak my SIL. Meriah lah umah kami nanti. Budak2 paling tak sabar tu tunggu Maktok nya. Dah lama Maktok tak mai sini.

Tapi kalau MIL tak mai pon, weekend akan penuh dengan agenda jugak. Nak mencari barang kelengkapan sekolah wehhhh.


Tuesday, 24 November 2015

Bila nak ganti puasa 26 hari...


Hari ini genap usia baby Daneen 5 bulan. Dah pandai apa sayanggg?...

Baru nak belajar angkat dada. Pusing2 setempat 360'. Bulan lepas pergi check up cek berat dia statik. Nurse ada tegur gak lah, naper tak bertambah berat badan nya. Bulan ni tak naik timbangan lagi ada harapan aku kena sound lagi kot. Haha. Check up kat klinik gomen ja, Klinik 1 Malaysia area rumah. Konpem ada stok imunisasi nya. Kalau terjah swasta jenuh main kejar2 stok imunisasi. Manjang takda stok. Tak tahu lah naper jadi gitu.



Baby Daneen masih fully breastfeed takat ni. Stok EBM aku takda lah meriah sangat tapi cukup lah untuk keperluan Daneen. Plan nak start ganti puasa yang 26 hari tu ntah bila. Kena berdikit2 buat sebelum terlambat. Banyak hari tu nak kena ganti.

Stok EBM yang makin sendu.
Bulan depan ingat nak stat bagi puri ke Daneen. Sekarang ni pon pantang tengok orang makan apa sure dia buat muka kesian nak minta sikit. Mulut berdecip2. Geram tengok. hehe. Daneen ni kulit sensitif sikit, sangat alerjik dengan lauk ayam/ikan tak fresh dan seafood mcm kerang, udang, sotong.  Pernah aku makan sikit ayam crispy beli kat pasar malam, malam tu kemain dia dok bergaru pahtu naik rashes penuh kat muka. Sian sungguh. Perut dia tahan lagi kalau aku makan benda pedas or ada angin, tak kembong or cirit birit. Tapi kalau benda2 gatal gini memang cepat kesan dia.