Wednesday, 9 November 2011

Cara Nak Buat Passport Malaysia Pertama Kali

Pada yg dh expert bab ni sila p main jauh2 yer. Haha. Bagi can aku wat catatan utk rekod peribadi saja, mana tau kot boleh gak bg info pada yg memerlukan spashly yg 1st time nk buat passport dan ala2 blur cam aku ni. Hehe.


Mula2 korang dptkan borang permohonan buat passport ni. Boleh dptkan kat kaunter di mana2 pejabat imigresen takpon boleh sesiap download borang ni di website Jabatan Imigresen Malaysia

Tgok kat sebelah KIRI - perkhidmatan utama, skrol BAWAH kat item MUAT TURUN


Lepas klik situ akan keluar skrin gini, sila tengok bhgn tengah CATEGORIES, mcm2 ada tp korang skroll pilih part PASSPORT, sila klik kat situ.


Lepas klik kat Passport tu terus la keluar apa yg kita mauuuuuu...hehe..gigih aku printscreen nk tunjuk macam la suma org buta IT cam aku...haha..


Sila baca arahan dlm RED font tu dgn teliti yer. Kena print borang tu dlm 1 helai kertas A4 saja, depan belakang gitu. Camno nk print depan belakang tu takyah la ajor kan? Tu kena masuk kelas lain la pulok. haha.

Dah siap print borang nya, boleh la isi mana patut. Bagi aku borang nya simple la sgt bagi first timer apply, tak byk cekadak ko kena tulis isi byk2 cam nk isi borang mintak kijo ka, mintak house loan ka. Hehe. Aku pon mcm blur gak sbb simple sgt nk isi tu ntah betul ke tak form aku print tu. haha. Aku dok bajet dlm form tu kena tulis details psl mak ayah aku ke apa, spouse aku ke apa, skali nan ado. Ada part NO. SURAT BERANAK, tak isi pon takpa (kes tak ingat daaaa..) for application above 18 thn. Tapi kalau korang ingat no. surat beranak korang sila isi dgn bangga nya.

Lepas tu, g fotocopy IC masing2 cam biasa lah. Utk GAMBAR tu pulak terpulang kat kita nk siapkan gambar sesiap or boleh je g kat Imigresen tu baru nk buat. Kalau nk buat gambar sesiap, pastikan gambar tu menepati syarat gambar passport yg di kehendaki, ada ukuran & posisi nya tertentu kena follow. Kalau g buat gambar kat Imigresen tu dah tentu depa tu expert dah benda2 ni suma. Yg tukang buat gambar ni BUKAN dalam jabatan Imigresen tu yer, tp support by outsider lah, port depa mmg tepi2 sekitar opis Imigresen tu la jugak. Caj pon sama je dgn kedai2 kat luar nun, malah ada yg lagi murah pon ado. Camtu gak khidmat fotocopy, kot la korang punya IC tu TERGELAP korang buatkan depa takmo, korang boleh je g kedai tepi2 Imigresen tu buatkan balik.

Dokumen yg di perlukan bagi permohonan above 18 thn cuma borang, salinan IC dan 2 keping gambar ukuran passport. Bagi permohonan bawah 18 tahun kena tambah dokumen salinan SURAT BERANAK masing2. Ni utk permohonan Warganegara Malaysia yg lahir di Malaysia, dan org biasa saja yer. Kalau korang tentera ka, or bukan warganegara ke apa ada pulak tambahan dokumen depa mintak.

And better siapkan suma dokumen ni dgn lengkap sebelum g Imigresen tu, so leh jimat masa byk spashly bila kena buat skali utk anak2. Kalau kita sorang2 tak rasa sgt ler renyahnya. Dan jgn lupa bawak jugak salinan ASAL tiap2 salinan dokumen kita tu yer. Even masa amik no. giliran tu pon, officer akan baik hati tanya ingatkan kita "IC asal ada bawak tak?.." Soalan remeh je kan tp betul2 berguna aku rasa pada sapa2 yg tak pasan or kebetulan TERtinggal IC masa tu. haha.

Ada 2 pilihan di bagi utk kita pilih buat passport (above 12 thn)
1. Utk tempoh 2 tahun - caj nya RM 100
2. Utk tempoh 5 thn - caj nya RM 300

Bagi kanak2 BAWAH 12 tahun
1. tempoh 2 thn - caj RM 100
2. Tempoh 5 thn - caj RM 150

So, sila pileyyyyyyyyy. Salu pegawai imigresen akan suruh kita buat 5 thn. Tapi terpulang kat kita lah. Aku pilih tempoh 2 tahun je, sebab aku org kedekut. Haha. Takde lah. Aku fikir 2 tahun aku bayo RM 100, maksudnya setahun kos nya RM 50 la kan?...tapi kalau aku amik 5 thn RM 300, kos aku jadi RM 60 per year. So, baik aku RENEW tiap2 2 tahun skali, dgn kos sama RM 300 tu aku boleh dpt buat 6 tahun punya passport, berbanding 5 tahun yg depa bagi awal2 tu.

Saja tadak keroje aku ni main kira2 bodoh. haha. Walhal ikutkan LAGI JIMAT buat terus 5 thn sbb takyah ko ulang g imigresen tiap 2 thn skali kan? kos ulang alik tu pon dh baper wehhhhhh yer dak? Dgn penat nk kena amik cuti ke apa, nk tunggu giliran lg, tau je lah kaunter Gomen ni camno. Terkena time kaunter OFFLINE, melanguk la ko situ.

OK melalut sudah. Balik pangkal jalan. Kat mana dah td??

Once dah p pejabat Imigresen tu, mula2 kena beratur amik no. giliran dulu yer anak2. Kat kaunter no. giliran tu, ada officer depa akan cek borang kita tu, mana yg tak cukup depa akan terus kabo. Depa akan tanya kita nk buat passport baper tahun, then depa akan cop atas borang nk buat 2 thn or 5 thn. Pahtu depa akan lekatkan BARCODE kat borang kita tu. Kita jugak akan di bagi 2 keratan no. giliran (no. sama tp di bagi 2 keping gitu).

Lepas tu, tunggu giliran nk submit borang tu lah. Masa submit borang tu depa akan amik 1 keratan no. giliran dan pegang IC original kita, lepas tu kena tunggu turn BAYAR pulak. Sila pegang keratan no. giliran copy ke-2 tu td elok2, karang no. naik tergagau2 lak tak ingat no. giliran. Suma urusan tu LAIN2 KAUNTER yer anak2. Kalau org tak ramai dan sistem ok, kejap je dua urusan ni. So, jgn dok melilau keluar g layan mapley ke apa dulu. Sian org lain kena tunggu no. korang naik byk kali tp tadak org g. Depa ni selagi korang tak muncul kat kaunter bayar tu selagi tu lah depa tekan no. tu ulang2 sampai korang muncul. Masa aku g tu ari, dekat 15x kot depa tekan no. sama ulang2, siap budak kaunter tu teriak laung panggil nama orgnya tapi orgnya tak muncul2 sampai sudah, baru la dia skip no. seterusnya.

Bila no. giliran kita naik utk kali ke-2, terus g kaunter bayar utk bayar caj passport kita tu pulak. Jgn lupa amik IC asal kita kat kaunter ni. Bila dh selesai bayar, akan dpt 1 resit rasmi. Resit ni simpan elok2 sbb kita perlu tunjuk balik kat kaunter yg amik no. giliran mula2 tadi SELEPAS 2 JAM dari masa pembayaran dibuat. Utk permohonan KALI PERTAMA mmg tertakluk masa 2 jam ni baru siap. So, sila cari aktiviti2 yg berfaedah utk korang buat dalam masa 2 jam tu. Takkan nk melanguk kat situ wehhhhh, kepam la korang dibuatnya.

Kalau korang tak sanggup nak tunggu 2 jam ni, boleh je terus balik. keke. Tapi, jgn lupa mai bebila pulak utk amik passport kita yg dh siap tu DALAM MASA 3 BULAN dari tarikh hari tu. Kena bawa RESIT ASAL bayar tu yer.

Macam aku ari tu, renyah gak ler sebab terkena time kaunter OFFLINE. Dh siap amik no. giliran ni, dekat sejam aku tunggu sistem still down, aku cau ler balik opis jap. Pahtu aku tepon2 dorang tanya sistem dh ok baru g sana balik, skali no. giliran aku dh terlepas wehhhhh. Dah ler masa tu nk lunchtime depa dh. Kena la tunggu kaunter buka balik at 2 pm, seb baik officer tu consider amik gak borang aku takyah amik no. giliran baru. Or maybe gitu kot depa buat bila time OFFLINE, just to be fair to their customers.

Aku siap bayo jam 2.45 ptg, patut jam 4.45 ptg leh la serah resit bayaran kat kaunter mula2, amik no. giliran for passport collection pulak. Tapi aku tanya officer tu, depa close jam 5 ptg, so takmo rushing2, aku balik opis balik then g amik keesokan pagi nya. hehe. Esoknya, cepat lah urusan nya dr urusan mula2 nk buat tu. Mula2 gi amik no. giliran, tunjuk resit tu skali. Lam masa 10 minit dh dpt passport aku sbb benda dh siap tinggal depa nk cari bagi ke aku je kan ari tu. Senyum sengeh aku bila dpt passport tu. haha. Tak caya dh ada passport. keke.

Kiranya kalau korang nk buat passport ni better amik cuti sehari lah g setelkan. Paling cepat separuh hari dh boleh siap aku rasa. Mcm aku ni main cilok2 je time opishour. Dasarrrrr. hehe. Lagi pon pejabat imigresen dekat je dgn opis. Nak amik cuti pon belum tentu bos apek bagi, lg redha dia aku main cilok2 gitu at least boleh jengah opis gak dia kata.

Aku g kat Taman Puchong Utama ni, tapi tak suka sgt situ, sbb depa combine dgn pejabat Pendaftaran skali dlm 1 ruang 1 floor. Padat ok. Dah la dua2 jabatan tu mmg pemes dgn urusannya mcm2 kan. Ekon pon tak rasa. Sian kat kanak2/baby.

4 comments:

  1. kalau 18tahun ke atas, tak perlu bawak ibu bapa atau persetujuan ibu bapa kan?

    ReplyDelete
  2. thanks! Menghiburkan smbil mmberi pedoman yg berfaedah..

    ReplyDelete
  3. TQ bro.. sungguh bermanfaat buat ku.... ;)

    ReplyDelete
  4. T.kasih.
    sgt membantu.
    Moga Allah permudahkan urusanmu.
    aamiin...

    ReplyDelete