Tak silap aku, filem ni aku TERtengok pada hari Sabtu lepas, sehari sebelum menyambut raya haji, di channel Astro OASIS. Sebelum tu, mmg dh byk repo aku baca psl filem Laskar pelangi ni, tu yg teruja utk terus duduk terpaku NONTON SAMPAI ABIS.
Filem lama ni benornya tp aku je baru jakun nk tengok. Hehe. Filem ni di keluarkan thn 1998 dan katanya antara filem terlaris di Indonesia pada ketika itu.
Di adaptasi drpd sebuah Novel tulisan Andrea Hirata yg menggunakan judul yg sama. Dalam filem nya, beliau adalah si penceritanya atau nama watak nya 'Ikal' dlm filem ni. Ikal ni budak paling dpn baju jalur2 dlm poster kat atas tu. Sweet sgt budaknya dgn rambut IKAL mcm nama dia jugak.
Kisah tentang 10 org budak kampung yg ratanya miskin yg belajar di sekolah dasar Al-Muhammadiyah di Pulau Belitung, Indonesia, yg serba daif dan kekurangan. Gurunya cuma 2 org, sorang pengetua (Pak Harfan) sorang tenaga pengajar (Ibu Muslimah). Struktur skolahnya byk ingatkan aku ttg struktur skolah rendah aku dulu - SK Renok Baru, pon serba daif gitu lah jua satu ketika dulu.
Ikal ni berkawan baik dgn Lintang, seorang budak paling genius dan budak paling miskin lah kat sekolah tu. Mak dia dh meninggal, time bapak dia g ke laut dia lah kena jaga adik2 dia. Nangis aku tgok kepayahan dan kesungguhan dia nak g skolah hari2. Tapi dia g skolah tak nyusah bapak dia ngantar, tak mcm aku dulu, sampai ayah pon bengang sbb aku rajin sgt g skolah. haha.
Ikal ni pulak satu ketika jatuh cinta dgn "KUKU TERCANTIK DI DUNIA' , anak tokey kedai cina yg salu depa berhutang kapur tulis skolah. Ikal ni ditugaskan utk amik kapur tulis kat situ, budak yg 'kuku paling cantik' tu pulak as org yg tukang bg kapur tulis tu di sebalik kaunter. Ikal tak penah ada peluang tgok mukanya cuma dpt tgok tgn nya saja sokmo. At last depa dpt bersua muka gak dgn bantuan rakan sekelas nya A Kiong, sepupu "kuku yg paling cantik" iaitu nama A Ling.
Pada satu ketika, depa nak masuk 1 pertandingan atau di sebut 'KARNAVAL', bertanding dgn sekolah2 lain. Atas kekangan wang, Pak Harfan siap pesan kat ketua projek - MAHAR supaya cari idea yg tak perlukan skolah kuar duit!! Mahar ni budak paling minat SENI lah di kalangan depa suma kat sekolah tu. Suara nya merdu sgt bila nyanyi lagu BUNGA SEROJA. Kalah Jamal Abdillah. Hehe. Mahar ni suka gantung radio kecik kat lehernya tiap masa.
Si Mahar ni akhirnya dpt idea for that karnaval, dengan persembahan ORANG ASLI. 'Props' suma takyah di beli, main kutip je kat pokok sekitar kampung depa. Patut la bila dia di amanahkan oleh pak Harfan, dia jwp "Jgn risau, serah saja pada Mahar dan ALAM.."
Sekolah lain serba hebat dgn seragam pancaragam bagai, tp depa pulak dgn seragam org Asli. Dan akhirnya Sekolah depa MENANG!!! Even menang, Si Mahar di marah dek kwn2 dia sbb pakai kan depa rantai buah apa ntah (buah pinang kot) sampai gatal2 badan depa, jenuh nk kasi hilang gatal!!! haha.
Kemudian, depa di uji dgn kematian mengejut pengetuanya Pak Harfan. Goyah jap Ibu Muslimah. Tapi dia bangkit kembali demi budak2 ni suma. Ibu Muslimah ni cantik sgt pada aku, lembut tapi tegas.
Kemudian depa masuk pertandingan lagi, semacam KUIZ UJI MINDA gitu lah. Lintang yg genius tu tunjuk taring ler dgn kehebatan congak matematiknya. Sampai satu tahap, pengadil menolak jwpn Lintang sbb depa pakat tak caya budak ni menjawap pakai otak, depa ingat Lintang 'tembak' saja jwpn nya tanpa ada buat kiraan sbb jwpn Lintang pantas sgt.
Tapi akhirnya, pengadil AKUR dgn ke'genius'an Lintang bila Lintang show camno dia wat kiraan. Betul2 genius ok, ntah sistem kiraan matematik apa dia pakai. Kalau kat Malaysia ni pemes dgn sistem MOKHDAR tu kan? hehe...
Tapi Lintang akhirnya kena stop sekolah sbb bapaknya mati di laut, so dia lah kena jd galang ganti si pencari nafkah dlm kuarga utk sara adik2 dia. Kalau dulu dia yg pertama daftar masuk sekolah situ, dia jugak lah yg pertama daftar keluar. huhu.
Overall, mmg layan lah cite ni. Anak2 aku pon pakat terpaku sama2 tgok, sibuk masing2 dok menanya itu ini. Mmg tak rugi NONTON SAMPAI ABIS.
No comments:
Post a Comment