Tuesday, 1 January 2013
Perihal anak sekolah...
...tak abih2 lagi.
Hari ini hampir seharian dok rumah saja sambil setelkan hal sekolah anak2 mana patut. Buku teks baru dapat semalam so hari ni siapkan tugasan membalut semua buku dan persiapkan beg sekolah masing2 untuk esok. Tampal or tulis tag nama kat barangan masing2, spashly untuk barangan Ainaa.
Untuk Ainaa, selama 3 minggu (bersamaan dengan 14 hari) bermula esok, akan mengikuti minggu transisi menurut kata cikgunya. Tak perlu bawa buku teks, cuma bawa buku2 tulis, alatulis saja. Alat tulis pastikan lengkap pesan cikgu nya banyak2 kali. Mesti lah ada tujuan nya kenapa perlu ditekan hal tersebut. Minggu Transisi ni akan menyaksikan bagaimana anak2 tahun 1 akan menyesuaikan diri dgn alam persekolahan baru. Sebarang kekurangan or kecacatan akan mudah merencatkan emosi mereka. Hatta lupa bawa sebatang pencil atau sebuah gunting saja boleh melakar emosi yang pelbagai pada anak2. So elak kan lah pesan Cikgu, mohon perhatian para ibubapa supaya lebih teliti menyediakan perkara asas untuk anak masing2.
For Aisyah tak risau sangat. Cuma perlu pasti kan dia lebih fokus dan lebih disiplin menjaga penampilan. Budak ni kuat main, asal ada peluang jer mesti main aje yang dia ingat. Tak peduli peluh lenjun satu badan, baju dan kasut sekolah bercapuk kotor. La ni semua kena perati tengok since sistem KSSR ni katanya mengcakupi semua hal. Hari sabtu 05/01 ni ada perjumpaan dgn guru kelasnya pasal prestasi murid di tahun 1. Entah bagaimana lah laporan yang bakal aku terima pasal Aisyah ni, walau Aisyah boleh maju naik kelas namun pasti ada aspek lain yang perlu di improve.
Satu hal yang belum setel adalah sekolah KAFA. Rasanya tadak plan nak sambung kan persekolahan Aisyah or daftar kan Ainaa di sekolah KAFA Aisyah dulu. Kebetulan jiran selorong ada menawarkan kelas KAFA secara persendirian, tengah menimbangkan jugak la nih. Jadualnya pon lebih selesa untuk anak2, tidak perlu terkejar2 untuk ke sekolah kebangsaan sebab kelasnya nanti mungkin akan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad saja.
Mungkin akan ambil sekali kelas mengaji nya. Pon atas sebab jadual nya yang lebih selesa untuk anak2. Walau cuma 2 kali seminggu tapi InsyaAllah anak2 akan lebih fokus banding la ni kelas mengajinya dari Isnin hingga khamis. Bila time hari sekolah biasa memang agak memenatkan sampai hampir tiada ruang untuk ulangkaji pelajaran. Dan kalau jadi tukar nanti, InsyaAllah anak2 akan mula dengan pengajian secara Muqadam (Qira'ati). So far dorang belajar sistem IQRAQ.
Untuk urusan transport ke sekolah lak, Alhamdulillah dipermudahkan di saat akhir. Owner taska menawarkan untuk menumpangkan anak2 ke sekolah sementelah beliau pon kena hantar anaknya yang sebaya dengan Ainaa, di sekolah yang sama.
Moga musim persekolahan anak2 tahun ini lebih baik dan cemerlang. InsyaAllah, aminnnnnn.
How time flies. Si cilik dua orang ni sudah berada di tahun 2 dan tahun 1. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment