Wednesday, 2 January 2013
Sama...
...tapi tak serupa.
Assalamualaikum,
Petang semalam ke Carrefour Puchong Utama. Sedang ralit tengok barang2 tetiba Ainaa sibuk kelui kawe suruh tengok satu barang ni.
Rupanya Ainaa teruja bila nampak beg sekolah yang sebijik rupa dengan beg sekolahnya. Ingatkan apa la budak ni.
Hat ni Ainaa punya yang aku beli kat Parkson, Alamanda hari tu guna kupon.
Tetiba tengok tanda harga beg tu, apakahhhhh????!!!
Biar betul...RM79.90??? jenuh ku telek banyak2 kali kot salah tengok tag price or salah brand ke apa. Soheh laaa.
Kat Parkson hari tu beg ni RM59.90.
Awat laaa beza sangat dengan harga yang beli kat Parkson tu?...beza sikit2 kawe leh terima, ni sampai 33% mahainya memang melampau aku rasa. Dan harga yang aku dapat masa kat Parkson tu bukannya harga after less ke apa, tadak tulis SALE ke apa pon kat rak beg tu or masa bayar. Kat Carrefour ni lak siap letak kat rak PROMOSI lagi hah tp tadak pulak tulis less sale ke apa untuk beg ni. Aku pon kalau tengok rega sampai RM79.90 gini tadaknya aku beli beg ni. Mak kedekut nakkkkk. haha. Beli hari tu pon sebab ada cash voucher RM50.
Ntah apa la makna PROMOSI yg di kata Carrefour tu. Maybe untuk beg2 lain kot. Bercampur aduk diletak sama2 with no promotion items. Memang kena alert lah kita as customers ni. Dan tak tahu lah, kebetulan ke apa, dah 2x berturut2 kena ngadap customer service dorang dek resit silap.
Hari Isnin lepas dah ke sini depa terlebih scan. Aku beli dua saja, dalam resit lak scan tiga. Nasib baik gak aku nyer pangai suka tengok cashier scan masa nak bayar tu and suka telek resit lepas bayar. Kadang depa ni scan laju tak sempat nak tengok gak so kena cek resit properly.
Dan semalam lak, patut ada promosi beli 3 botol dapat harga RM10.95. Masa bayar depa scan satu2 ketiga botol tu then tadak pulak any less kat bwh resit before total. Dah terlebih bayar RM3++.
Nasib baik gak benda ni jadi time aku, kalau time cik abe soheh laaaa dia tak pasan apa. Bukan pesen dia suka cek semua gitu. Even kalau ada ralat pon pesen malas nak setelkan, tahan dia wat dek saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment