Abah gi layan hobi mancing dia, aku dan anak2 layan boring dgn aktiviti kami kat rumah.
Masuk acuan bodo2. Tu je pon yg ada kat rumah kasi belasah guna. Haha. Dapat 12 bekas, jadi lah utk makan anak banak.
MUFFIN OREN
Bahan A - satukan dalam 1 bekas
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
(3 bhn di atas di ayak bersama)
- 1 cawan gula perang
- 3 sudu besar chocolate rice
- 2 sudu besar kismis (optional)
Bahan B - satukan dalam 1 bekas
- 1/2 cawan butter/marjerin yg di cair kan
- 1 cawan fresh milk + 3 sudu besar sunquick oren
- 1 sudu kecil emulco oren atau parutan kulit buah oren
- 1 biji telor (dipukul dlm bekas asing mcm telur dadar dan taruk dlm adunan bahan B)
Bhn Hiasan
- Chocolate chips or nibs or kepingan badam
Cara2
1. Mula2 panaskan oven pada suhu 180C (guna api atas bawah) selama 15 minit.
2. Bahan A di kacau rata
3. Bahan B di kacau rata
4. Satukan Bahan A + Bahan B, kacau sebati biar elok bercampur mcm nak buat cekodok tu. hehe (takyah kacau betul2 bersungguh2 pon takpa)
5. Susun muffin cup pilihan. Kalau perlu guna acuan muffin (kalau guna muffin kertas biasa)
6. Isikan adunan ke dlm acuan muffin (guna sudu) setakat penuh 1/2 atau 3/4 bekas saja. (aku isi 3/4 bekas utk hasil spt kat atas, muffin cup nya besor..)
7. Taburkan hiasan atas adunan dlm muffin cup
8. Masukkan dlm oven yg sudah panas td dan tambah masa 15 minit lg dgn suhu 180C
9. Bila dh masak, sejukkan muffin atas redai.
Makan panas2, fresh from oven - priceless!!!
Sedapnyer kaksu...
ReplyDelete