Wednesday 14 December 2011

Percutian Bajet Ke Genting Highlands - Part 3 (berkelah di hotel)

Lega bila dpt check in bilik awal hari tu. Kesian dekat MIL je lah, takut dia penat even nampak dia teruja dgn trip setakat ni.

Kami dpt bilik Family Room. Utk rekod, rate nya cuma RM190/day. Dan kami bayar extra RM60 ari tu utk extra charge peak seasons cuti sekolah begini.

Biliknya luas dan selesa utk kami. Ada katil double dan single, mmg tak cukup menampung kami semua. Jgn risau, kami dh awal2 usung TOTO/bantal/selimut extra dr rumah. Again, dont forget it's call Bajet trip...haha.


Utk trip ni, aku siap angkut skali rice cooker, beras dan sedikit lauk pauk utk hidangan kami nanti. Ada juga stok makanan lain yg aku bawa utk keselesaan perut kami anak banak. Pendek kata, tak payah nak terjah kedai cari makan lg lah. Jimat. Hehe.

Semangat aku bangun jam 5pg ari tu utk msk bekalan makanan kami ke sini. Menu sempoi bodo2 je (cam biasa) aku buat - sambal goreng, daging goreng halia, ikan bilis goreng bwg dan telur rebus 10 biji!!! Kemudian goreng mee 2 pek dan MIL buatkan kuih cek mek molek.


Dan tak lupa jugak botol BUDU dan kicap!!! haha. Berselera sungguh ler kami ngadap hidangan sempoi tu dalam bilik hotel. Nangis manager hotel kalau nampak ni. Haha.

MIL lah yg paling sonot benornya bila dpt makan gini. Dia paling risau makan kat kedai sbb katanya boleh jadi pening tak tau nak makan apa, and paling teruk dia claimed tak kenyang kalau mkn kat kedai. Adeh laa mek. Haha.

Pada belah malam nya, aktiviti kami dalam bilik je lah. Namun lepas anak2 tido, aku dan cik abe sempat cilok keluar berdua sekadar menikmati panorama malam di situ. Menikmati kopi panas bersama roti canai, semuanya terasa sgt sedap dlm cuaca dingin begitu.

Pagi esoknya, pepagi lagi kami bersiap utk check out. Sebab ada lg destinasi yg perlu di kunjungi sebelum pulang ke rumah. Sempat bersarapan di cafe hotel. Cuma tambah RM12 utk semua extra person yg kami ada. Pihak hotel hanya bagi 3 pax free coupon. Alhamdulillah, pilihan menu sarapannya mengenyang kan kami semua utk memulakan perjalanan hari itu.





Bergambar kenangan depan hotel sebelum berangkat pulang. Kabus tebal menyelubungi. Macam dalam citer hantu Ainaa cakap.

Tepat jam 9 pg kami menuju balik ke KL.



Mek Minah pesan suruh besarkan gambar ni dan frame kan. Nak bg tunjuk kat org kampung katanya. Hehe. Beghehh mek.

Selamat Tinggal Genting Hinglands.

Nota : Utk info Hotel Seri Malaysia Genting Highland boleh klik sini

4 comments:

  1. hahahaha comel mek mu..siap nak frame kan gmbr ekekke .

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal...tp sedih gak la aku...dia kata tu maybe kali terakhir dia g situ, pahni tadok dah la...dh tuo, sisa umur pon dh tak byk katanya...huhu...

    ReplyDelete
  3. Pahni boleh bawak g Cameron Highland atau Langkawi plak...

    ReplyDelete
  4. Bai...InsyaAllah...ada rezeki, pjg umur boleh sampai sana pulak...

    ReplyDelete