Thursday, 15 December 2011

Rambling Thursday

Cuti sekolah bakal berakhir 2 minggu lg. Ikutkan byk lagi persiapan yg belum setel utk Aisyah. Ptg semalam baru jer konpem kan pengangkutan nya ke sekolah nanti. Kami catar ala pergi saja, ala balik aku yg akan handle. Kos nya RM60 sebulan. Nasib baik baru sorang anak yg bersekolah, kalau 2-3? pitammm..tu baru kira kos transport, belum kira kos2 lain lg.

Bagi kami yg punya 3 org anak usia 2 tahun hingga 6 tahun, kos nurseri dan tadika dorang mencecah RM1000 sebulan. Tu pon yg paling bajet kami berjaya cari. Utk Nurseri anak2, setakat ni kami selesa dgn yg satu tu. Dari awal pindah ke bandar Saujana Putra kami pilih nurseri tersebut. Masa tu usia anak sulung baru cecah 2 tahun dan anak ke-2 usia 8 bulan. La ni masing2 dah usia 6 tahun dan 5 tahun. Owner nya pon dah kira kawan baik kami. Alhamdulillah bab penjagaan anak kat nurseri ni tidak byk ada masalah nya. Anak ke-3 seawal usia 2 bulan lepas pantang pon ke sini juga aku hantar tanpa ragu.

Ingat lg masa tu Mek Minah yg mai jaga kami dalam pantang, kemain risau dia bila aku ckp nak antar si tenit ke nurseri bila aku naik kijo nanti. Dia pon fobia dengar kisah mcm2 psl baby antar ke nurseri ni..


La ni si tenit tu dah pon usia 2 tahun berada kat nurseri tu.

Setakat ni, belum ada keperluan bagi aku utk amik MAID kat rumah. Ada yg ckp kalau amik maid LEBIH JIMAT dan senang kan kijo aku as housewife jua. At least kalau byr gaji Maid RM600 cth nya, selain jaga anak2 boleh juga depa tulun kemas dan masak yer dak. Tapi tu lah, belum bersedia lg kot aku nk jd majikan ni. hehe.

Penat tu mmg penat nak handle 3 org anak tgh membesar. Balik kijo tak sempat bernafas org kata dah kena ngadap permintaan anak itu ini, nak masak lagi pahtu. Luckily aku ni kijo kat area pinggir bandar, tadak masalah jalan sesak, trafiik jem ke apa. Travel ulang alik kijo mmg smooth je sokmo. Kuar opis jam 5.30pm, jam 5.50 dh boleh sampai rumah. Boleh santai layan anak2 g main kat taman pepetang. Magrib tu salunya kami dh berkumpul anak banak kat rumah include cik abe. Jam 8 mlm antar depa kelas ngaji. Alhamdulillah atas rezeki aku bab ni.

No comments:

Post a Comment