Tuesday 21 February 2012

Nasi Ayam katanya

Menu express bila bahan dan masa tak berapa nak ada. Dalam peti sejuk cuma ada ayam dan salad saja. Kebetulan ada gak daging kamben yg telah di perap beberapa hari lepas, so kasi hidang sekali.





Tadak dlm gambar - nasi + sup. Aku kalau masak nasi ayam time hari kijo mmg guna resepi yg paling sempoi je lah. Haha. Dah kata menu express kekdahnya.

Mula2 buat sup ayam sepiukk besorrrr. Dalam sup tu mcm biasa lah taruk bhn2 nya - bwg merah besor potong baji + halia + bwg putih + carot + celery + sup bunjut. Angkat ayam bila dh setengah masak then kasi perap ayam dgn bwg putih+halia+kicap manis+cili kisar+garam+lada sulah+sos tiram. Sup dlm periuk sambung kasi reneh. Perasa kan sup dgn garam, lada sulah.

Buat bwg goreng sket - bwg merah kecil di mayang, di gaul dgn garam+gula sket, the goreng sampai brownish. Toskan. Taruk dalam kuah sup masa nk hidang nanti dan simpan sikit utk taruk dlm nasi.

Pahtu nasi nya, basuh beras, toskan then amik sup ayam td (sekali dgn halia/bwg2 sket) boh dalam piuk beras ikut sukatan beras + kiub ayam seketul, terus ON msk nasi. Tadak nk tumis2 bagai dah la. haha. Takyah boh garam sbb sup tu dh cukup perisa dah suma. Bila nasi dh masak, tabur bwg goreng dan kacau gembur2 kan nasi bg serata.

Utk sos kicap tu, amik belen perapan ayam td, tambah sup ayam sket then kasi masak sampai likat. Utk sos cili lak tumbuk cili padi + bwg putih + halia, then tambah sup ayam + sos cili + cuka sket, then masak sampai sos likat.

Ayam tu goreng cam biasa, pahtu pappppppppp ketuk dan potong dgn pisau besor. Mak aiii..siap sound efek skali hah aku inpom ni.


Ayam tu ada lebih, pagi ni aku buat 'wrap' for breakfast. Pon buat sempoi2, guna je apa yg ada - lebihan ayam di siat2, salad + sos cili. Kat rumah kawe mmg tadak stok sos 'ilir2' cam mayonis ka, sos thousand island ke apa. Sos Bilis byk la. Keke. Wrap ni guna tortila biasa beli kat Carrefour.

2 comments:

  1. sedak tu ,lama dah x buat nasi ayam ..

    ReplyDelete
  2. sila buat Jah...keke..menu sempoi tp punyalah malas nk msk, sanggup lg msk lauk biasa aku ni...huhu..

    ReplyDelete