Assalamualaikum warahmatullah (1st time kot bg salam nk masuk blog sendiri...huhu...kena buat sokmo pahni)
Masa aku mula2 kenal keluarga salah sorang teman baik ni, aku agak teruja dgn panggilan nama adik badik nya. Kebetulan adik badiknya ramai pompuan, sorang je lelaki. Daripada Kak Long (along), kak Ngah (angah) Kak Lang (alang), Kak Ndak (andak), kak Chik (Achik), dan Adik Su (Busu). Hat lelaki tu depa gelarkan Acik Mat, senang dia sorang2 lelaki mmg tak tertukar dh la dgn hat lain. hehe. katanya ada lg 1 pangkat yer? ATEH ke apa...tu utk anak no. berapa?
Istilah ALONG, ANGAH, ALANG, ANDAK, ACHIK DAN BUSU ni mmg hampir tiada dlm keluarga aku. Tu yg bila dengar org membahasakan diri gitu, rasa cam best la jugak. Ada tak ada dlm kuarga kami cuma panggilan - Teh & Poksu saja utk 2 org anak lelaki dlm kuarga aku. Hat lain suma pompuan (5 org) suma di panggil dgn pangkal nama CIK oleh anak2 buah...cam aku anak buah panggil Cik Na...Cik La, Cik Da...gitu. Utk suami masing2 lak kami bhs kan AYOH. My cik abe di panggil Ayoh Die, then ada Ayoh Mer, Ayoh Sal..
Belah asben lak lg senang sbb cuma ada 3 org adik badik je - Mok Long (Along), Pok Ngoh (Angah) dan Poksu (bongsu)...and aku memikul gelaran CIK SU kalau belah asben sbb dia POKSU.
Ada gak hat bahasakan ALONG tu AYONG kan?...
Bila dh kawen, ada anak...masa ada anak sorang, takda keperluan lg nk bg nama gelaran apa2. Bila stat nk masuk anak ke-2, si sulung salunya akan di bahasa kan dgn panggilan KAKAK OR ABANG, betul tak?...Bila nk masuk anak ke-3, tukar lg hat sulung tu panggil Kak Long or Abg Long.
Anak sulung kami Aisyah Batrisyia ni even dh punya 2 org adik di bwh nya, so far kami bahasakan dia KAKAK pd adik2 nya. Most of time panggil dia guna nama penuh dia saja - Aisyah. Kadang2 - Syah or Chah or Echah. La ni tgh gedik2 suruh panggil dia BATRISYIA i.e. nama kedua dia. hehe. Adik2 dia pulak mmg panggil dia kakak, kecuali Ainaa kdg panggil dia by name je, sbb depa hampir sebaya.
Ni anak no. 2 kami - Ainaa Najihah. Most of time masa dia mula2 lahir dh biasa panggil dia ADIK. Kadang2 baru panggil nama penuh dia - Ainaa. Takpon sebutan boleh jd - Nena, Ina, Mina...ikut situasi semasa dia masa tu. hehe.
Sampai la dh keluar adik dia - Auni Madihah, tetap lah membahasakan diri dia ADIK. Lately je dah INSAF baru rela serah gelaran ADIK pada Auni.
Si tenit ni most of time mmg panggil dia by name - Auni. Jarang panggil dia ADIK sbb kalau panggil Adik, sure ADIK besar hat satu lg tu yg menyahut (Ainaa). lately je baru ok sket nak panggil adik kat dia. Tapi dah aku pulak yg kdg kompius, sbb dh biasa panggil ADIK for Ainaa. huhu. Nnak senang panggil nama je lah. Dah tentu bajet ko ada adik lagi pahni kan?..aminnnnnnnn. Moga murah rezeki kami.
Kadang kami panggil dia - Muni, Neni, Uni, Eni...hehe. Ntah apa2 la mak dia ni, ikut sedap mulut nk sebut. Dh bagi nama cecantik, guna lah yer dak. Ada maksud elok lak tu, panggil nama mcm doa org kata.
La ni aku pon dh ada sindrom nk panggil sorang je, tapi tiga2 nama anak aku sebut!!! Kadang tersasul nk panggil Aisyah, g sebut Ainaa or Auni. Bengang je member. Haha. Baru ada 3 org anak tu. Patut lah org adakan panggilan cam Along, angah, acik ke apa tu kot yer...senang nk bear in mind ke apa?
No comments:
Post a Comment