Monday 12 March 2012

Mula nya di sini kembali

Sudah selamat kembali ke tanah air tercinta since Jumaat lepas. Dan hari ini sudah pon memulakan tugas seperti biasa dengan semangat yang segar. Alhamdulillah. Even kerja tertunggak menanti bertimbun2 atas meja bahana cuti sepanjang minggu lepas. haishhhhh..

InsyaAllah akan cuba catat kan setiap kenangan perjalanan ke Seoul nanti secara berkala bila berkesempatan. Baru terhegeh2 nak upload gambo, line tenet pon sangap pulak dibuatnya hari ni. Elok lah, boleh aku fokus setel kan kijo yg bertimbun ni dulu. hehe.

Overall, trip ke Korea amat lah berharga untuk di kenang sepanjang hidup.Yang paling bermakna tentunya pengalaman dapat melihat SALJI buat pertama kali depan mata!!! Sampai nangis terharu aku dapat merasai jua ciptaan Allah nan satu itu. SubhanaAllah. MasyaAllah. Ajaib dan indah sungguh ciptaan Mu ya Rabbi.



Sepanjang di bumi Korea, suhu berlegar di antara -6C hingga 6C. Tahap beku bagi body kampung aku ni!! Tapi gigih aku harungi jua demi sebuah pengalaman. Most of time, kena pakai sampai 4 lapis baju, 2 lapis adalah baju khas utk musim sejuk katanya, dan tak termasuk jaket paling luar. Kadang jaket luar tu pon aku sarung sampai 2 lapis utk menampung suhu sejuk. Part tangan dan muka paling seksa. Nak pakai berlapis2 part tu tak boleh, sudahnya jari2 tgn terasa cekang, kejung sokmo. Muka toksah royak lah, bila di tiup angin sejuk, 'nikmat' nya la hai...

1 comment: