Thursday 15 March 2012

Sesuatu Tentang Korea

Antara perkara yang aku sempat pasan sepanjang berada di Korea :

1. Susah betul nak cari tong sampah. Sampai satu tahap kena cari dalam toilet baru jumpa!!! tapi sampah tak pulak nampak merata2 di buang.

2. Kedai mekap merata2 ada, lagi banyak dari kedai buku aku rasa. hehe. Keluar je train, kedai mekap ko nampak dulu.

3. Toilet nya sgt2 la bersih walaupun tiada air. Selama kat sana, cuma 1 toilet je aku surrender tak lalu nak masuk - toilet lama dlm bangunan lama stesen Bas di Sokcho masa trip ke Sorak San. Bukan kotor tapi ada bau pekat giler yg aku translate kan as BAU KIMCHI. Agaknya dh byk mkn kimchi, kencing dorang pon bau kimchi!!!

4. Golongan lebih dewasa amat suka menegur pelancong macam kita walau ada masalah komunikasi, macam ayam dgn itik bercakap.

5. Di bandar Seoul, payah nak jumpa hat berpakaian selekeh. Semuanya dressing up dan nampak stailo. Payah nak beza ko makcik cleaner kah, ko datin kah,  ko executive kah or ko artis kah? haha..

6. Coffee shop merata, banyak sgt. Maybe faktor suhu sedap maka syok berkopi? atau trend lepak kedai kopi?

7. Dorang sgt berdisiplin dan menepati masa. Budaya beratur utk naik perkhidmatan awam adalah pemandangan biasa di sini.

8. Kalau naik teksi dorang, sila keluar ikut pintu belah kanan. Belah kiri a BIG NO (mmg di kunci pon).

9. Jalan raya dorang, lane paling laju (belah kiri) adalah utk kenderaan yang punya penumpang lebih dari 4 org bukannya pada sapa yg bwk paling laju!!! Dan keutamaan di beri pada perkhidmatan awam spt bas dan teksi.

10. Seronok tgok depa ralit dgn gajet masing2. Dalam subway even dok berdiri elok je tak senget menget nak tumbang jatuh ke apa sambil tgn dok godek enpon masing2. Dan yg best ada FREE WIFI serata tempat!!!

11. Pantang nampak cermin, sure ada yg leka belek style masing2 tanpa malu2 dgn org keliling. Dah suma gitu pangai nya, apa ada kisah???

12. Tak suka sembang2 dalam train, bas, even dalam toilet!!!...kalau ko sembang, apatah lg sembang kuat sampai mengekek gelak mmg jd tumpuan lah, jadi ALIEN. Silap2 kena tegur. hehe.

13. Depa amat respek kemudahan yang di sedia kan. Langsung tadak vandalism.

14. Naik bas wajib pakai seat belt, depa akan pusing cek tgok dah puas hati baru bas start jalan.

15. Iklan tentang plastik surgeri merata ada macam iklan lain2, sudah menjadi budaya katanya di sana.



16. Suka tgok kereta2 jenama HYUNDAI yg menguasai jalan2. Banyak model2 canggih yang langsung tak penah tengok selama ni. Yang pasti paling susah nak cari cap Honda or Toyota kat sini. hehe. Lagi mudah cari jenama Mercedes, or Chevvy.

2 comments:

  1. oh gtu..
    patutlah summer muka sepesen
    plastik surgeri merata-rata

    ReplyDelete
  2. saya sokong statement u..no.1 memang sgt2..

    ReplyDelete