Tuesday 13 March 2012

Travelog Sulung Kawe - South Korea (Part 1)

Main hentam je bubuh tajuk Travelog Sulung Kawe. Rasanya tajuk itu paling sesuai dgn trip aku yang satu ni. Moga akan ada 'adik badik' for trip ni, bukan takat abih hat sulung ni saja. Takpon jgn menjadi trip tunggal selama nya.

Perancangan travel ni bermula sejak bulan 10/2011. Bermula dengan pujukan ajakan teman2 dalam Kelab isteri yang telah menempah tiket lebih awal, kemudian baru lah timbul perasaan teruja untuk turut serta pada satu hari tu. Masih teringat bagaimana my cik abe yang terkulat2 bila aku dan2 minta izin mahu travel ke Korea. "abe buwi ko dop Su nok gi Korea nih ikut saing2?..." sebelah tgn dok telefon dia, sebelah tgn lagi redi nak klik PROCEED. hehe. Namun laju saja dia memberi izin. Alhamdulillah. Dia pon tahu bukan senang aku buat keputusan walaupun dengar nya mudah saja bagai kan aku membuat keputusan sepintas lalu saja. Yupp. Pada awalnya aku sedikit sangsi dgn keputusan segera aku buat ni. Si kenit bongsu masih menyusu badan, dan paling penting ini adalah pertama kali aku mahu travel, sorang2 meninggal kan suami dan anak2. Dan sejauh KOREA itu pulak. Namun, akhirnya aku bersyukur segala, ternyata keputusan itu TEPAT!!!

Dan aku amat berterima kasih pada Mashie yang banyak memain kan peranan dlm trip ni. Tanpa nama dia dlm list rombongan, rasanya payah jugak my cik abe mahu lepas kan aku pergi. Rombongan kami ada 11 org. 5 orang adalah teman yang dh biasa aku kenal rapat dalam kelab isteri. Selebih nya anak banak Mashie sendiri - kakak ipar dan kwn2 nya, anak buah dan 2 org anak dara Mashie.

Banyak lak membebel ke lain. Jom lah start the journey.

Hari Pertama : 3 Mac 2012

Berdebar2 menanti untk bertolak ke LCCT jam 11pg. Kebetulan sabtu minggu ni ada sekolah ganti untuk Aisyah, so agak kelam kabut benornya dgn timing jam 11pg tu utk siapkan dia ke sekolah sebelum kami boleh bertolak ke LCCT. Jam 11.40 baru jiran sampai utk pick up dia, then kami pon bertolak ke LCCT. Sampai sana, aku jadi yang terawal rupanya. Kak Inazz pulak awal2 'di tahan kastam' i.e. si ERIN...haha. Mana2 barang yg tidak perlu, Erin 'tolong' punggah keluar balik.



Tiba saat timbang luggage, agak kelam kabut sedikit bila ada luggage kami yg terlebih berat. So kena lah
agih2 kan mana patut antara kumpulan.

Lepas tu berdebar2 lagi mahu jejak naik atas kapaterobang. Macam2 dok tergambar dalam kepala. Sekali bila naik atas, la haiiiiiii...macam bas jer rupanya (tapi rasanya bas lagi selesa kot..). huhu. Dapat row tengah, seat 'isle' ke apa namanya, paling tepi belah kanan. Consider selesa lah bagi aku utk bergerak keluar masuk.

Flight berlepas tepat jam 2.30ptg. Perjalanan ke Seoul adalah selama 6 jam. OK lah aku fikir sama mcm nak balik kampung aku je. haha. Tapi sudahnya, kemain boring aku dok nanti nak mendarat. Sebelah seat aku was Cewek Indonesian. Gaya K-Pop abih, mula tu ingatkan dia Chinese or Korean. Mesra juga orang nya. Katanya dia transit LCCT from Jakarta to Seoul. Kami di jangka tiba di airport Incheon, Seoul jam 8.30mlm waktu Malaysia, atau jam 9.30mlm waktu sana. Untuk rekod, waktu Korea AWAL sejam dari Malaysia.

After sejam fly, makanan di hidang kan. Aku pre-order menu International, ini yg depa bagi - Chicken Bulgogi. Sedap. Abih licin aku makan. haha.





Atas flite tu kena isi declaration form yang perlu di kemuka kan di kaunter kastam check in kat Incheon airport nanti. Since aku tadak apa nak declare, just leave it blank je lah certain part tu. Untuk rekod aku ada bwk gak bekalan makanan basah i.e.sambal tumis ikan bilis (3 botol kecil) tapi member kata hat tu tak perlu declare pon sbb depa lebih utama kan brg makanan berunsur mentah samada daging or Agricultural.

Namun aku di faham kan kastam/imigresen dorang tidak terlalu cerewet bab ni. So far semua bekalan makanan yang di bawa ahli rombongan kami lepas masuk. Cuma di Malaysia, bungkusan nasi impit kak Inazz di buka kelebek dek depa, mungkin masa scanning depa nampak ada rupa ketul2 mampat putih kot. Ada yang bawa rendang ayam, sambal goreng, ikan bilis goreng, serunding dan semuanya tadak masalah.

Jam 8.30pm waktu Malaysia, di Korea jam 9.30 mlm, flight selamat mendarat. Aku di faham kan suhu kat luar masa tu sekitar 6C. So langkah pertama, kami check in toilet dulu usai turun flight - tukar or tambah pakaian mana patut. Aku sarung baju 2 lapis + jaket, sarung gak legging 1 lapis. Setel nak redah sejuk.










Dari airport kami naik teksi yang telah di catar oleh tempat penginapan kami Namsam 3 Guesthouse.

Masa ni aku dah mula merisau memikirkan handphone masih belum boleh berfungsi even katanya talian enpon aku akan auto roaming once aku jejak Korea. Tak boleh nak tepon my cik abe update status anak2 buat hati tak keruan sekejap.

Lebih kurang jam 11.30 mlm selamat sampai di bilik penginapan - sharing room. Aku sebilik dengan Kak Inazz. Bilik nya comel namun cukup selesa utk menampung keperluan kami. Kadar semalam utk bilik ini adalah 56,000KRW/malam. So kalau share berdua, cuma 28000KRW i.e. lebih kurang RM84/malam/sorang. So Jimat!!! Bathroom nya attached. Dan di sediakan juga pantry di tingkat bawah utk menempatkan kemudahan dapur, telefon dan komputer dgn FREE SKYPE & WIFI.






Itinerary kami bermula esok hari. Malam ini kami cuma berehat saja sambil menyesuai kan diri. Utk alas perut pertama di sini, kami buka bekalan kami bawa dan berkenduri di bilik aku. hehe. Meriah siot.


Hampir jam 1 pagi baru selesai jamu selera sambil pok pek pok pek. Esok pagi program kami bermula seawal jam 6.30pagi. Dan Alhamdulillah, akhirnya dapat jua aku berhubung dgn cik abe dgn bantuan meminjam enpon Jass. So, malam pertama di bumi Seoul aku dapat melelap mata dgn 1001 perasaan indah2 belaka. Alhamdulillah, setakat ini.

Akan bersambung.

1 comment:

  1. sesetngah negara tak cerewet sgt ttg makanan.
    kalau negara yg cerewet susu anak pun diorang tahan xleh masuk.mesti perut rasa lapar manjang bila suhu sejuk ;)

    ReplyDelete