Wednesday 14 March 2012

Travelog Sulung Kawe - South Korea (Part 2)

Day 2 - 4 Mac 2012

Seawal jam 4.30am aku dah terbangun dek bunyi alarm tepon. Silap setting alarm rupanya. Patut aku set sejam lewat dari biasa, skali aku pergi set sejam awal!!! Pahtu nak sambung tidur memang payah dah la. Terkebil2 mata di buatnya. Terus bangun tidur dan bersiap. Jenuh gak nak nanti masuk waktu Subuh, usai solat subuh terus turun ke pantry bersama kak Inazz - having breakfast. Utk rekod, waktu solat kat sini lebih kurang kat Malaysia jugak, cuma masanya kena translate lewat sejam dari biasa.

Sempat camwhore kat balkoni hostel. hehe.


Ini adalah area pantry di hostel kami - Namsam 3 Guesthouse. Sempat lagi aku online FB sementara tunggu yang lain siap.


Itinerary kami hari ini bermula dgn lawatan ke Gyeongbokgung Palace. Mahu ke sana seawal pagi supaya tidak terlepas dgn acara kawad diraja yang katanya dipersembah kan belah pagi.

Sebelum itu, kami singgah di Family Mart utk beli T Money. T Money ni macam kad tiket lah utk di guna kan dengan perkhidmatan awam di Seoul ni i.e. Subway, Taxi dan bas. Juga boleh di guna utk byr tol, parking dan juga entry memana tempat pelancongan palace / muzeum. Kiranya T Money ni kira benda wajib ada lah kalau travel di Korea.

Harga kad T Money ni 2500KRW (kad kosong), dan kena top up sejumlah duit dalam kad tersebut baru boleh mula guna. Tak perlu top up banyak2 pon, cukup sekadar utk kegunaan harian or mingguan kita di sana.Maksimum boleh top up kalau tak silap 20,000krw. Nak beli T Money dan nak top up ni merata ada khidmatnya - stesen subway, kedai2 runcit serata Seoul, Pusat khidmat pelancong. Satu kad utk kegunaan seorang saja, tidak boleh share yer. Tapi kalau kita nak hand over bagi ke sesapa guna T Money tu, tadok hal sebab tiada tercatat hak milik mutlak, as long as ada baki dalam kad tu boleh la guna.



Daripada tempat kami menginap, kami tuju ke stesen subway Myeongdong yang hanya terletak kira2 200 meter jarak nya. So bermula lah pengalaman naik turun tangga / eskalator dalam subway stesen. Memang menguji stamina. Rata2 aku tengok Korean ni pesen jalan laju, malah ada yang berlari mengejar sesuatu. Satu pemandangan biasa di sini.


Pastikan bila naik eskalator tu, kalau kita memilih utk statik sila berdiri di sebelah KANAN, sebelah kiri adalah utk bagi laluan meraka yang mahu bergerak cepat. Korean mmg suka line up utk naik segala kemudahan awam, so pasti kan juga kita follow the flow. Atas train tu pulak, ada satu area seat yang memang di khaskan utk golongan priority mcm org tua, ibu mengandung. Jangan gatal2 pergi duduk, karang sesia je kena sound derek!! hehe. Aku ler tuh. Haha.

Mana la aku tahu situ kira prohibited seat utk aku, tak sempat nak tengok label ke apa, main selamba je duduk. Sekali sorang Ahjumma ni mai tegur aku dan kak Inazz dlm bahasa Korea ni, suruh aku OFF dari seat tu. Haha. Tapi jgn pulak pelik, bila ada gak Ahjumma yang akan offer korang duduk bila seat tu kosong, maybe atas dasar santun depa pada pelancong luar ke apa tak tau lah. Dan kita ada pilihan utk menolak demi sebuah courtesy. Ewaaaaahhhhhhhhh.


Sistem Metro Seoul Subway ni kira paling cekap dan covenience utk ke mana2 destinasi. Aliran sistem nya agak rumit bagi beginner, namun tadak lah payah sgt sebenor nya pon. Cuma perlu study halatuju kita dan kenalpasti stesen mana yang perlu kita tukar tren jika ada utk ke destinasi pilihan kita tu. Sistem nya ada 8 line. Setiap line di namakan line 1 hingga line 8, dan di bezakan dgn kaler masing2 utk memudahkan kita exit ke line pilihan kita.


Untuk ke Gyeoungbokgung Palace ni, kami dari Myeongdong amik Line 3 kemudian exit No. 5. Keluar je stesen subway tu mmg terus ke area istana tu lah.



Untuk rekod, caj masuk ke sini adalah 6000krw (dewasa), 1500krw (7thn - 18thn) dan FREE utk kanak2 below 7 thn. Dan sini adalah tutup pada hari SELASA. Sila pastikan sampai sini sebelum jam 11pagi utk catch up perarakan kawad askar diraja yang sungguh dramatik.







Kawasan Istana ni mmg luas sgt2. Tak abih nak jelajah ikutkan. Paling menarik hati adalah senibina bumbung bangunan nya yg sgt2 kalerpul.




Kwsn istana ni merangkumi byk kawasan yg terdapat bangunan, dataran dan tasik2.


Persekitaran nya amat bersih. kak Inazz sempat snap this nice picture - itik berenang2. hehe. So awesome!!!









Aku cover mana larat je. Ada gak folk muzeum dan childs muzeum dalam area sini.




Hampir 4 jam gak kami dalam kwsn ni, kemudian terus keluar hala ke Insadong. Dari sini kami cuma berjalan kaki ke Insadong menyusuri bandar sambil menghayati panorama bandar Seoul.





Ada sesuatu yang menarik perhatian aku pada landskap di sekitar bandar ni. Jerami2 di guna kan utk di jadikan penutup atau penghadang pokok2. Katanya utk memulihara kelestarian pokok2 pada musim salji yang terlampau. Even dekat bhgn ranting pokok pon di balut dgn jerami yang di anyam begitu. Sungguh alami kata orang.



Ke Insadong adalah mahu cari makan sambil soping di kawasan tersebut. Pertama kali juga merasa susu pisang yang menjadi sebutan most visitors yg penah ke sini. Not bad rasanya, tapi aku lebih suka perisa stoberi. Hat perisa pisang tu macam rasa esen pisang kat tekak aku, boleh??..hehe. Rega sebotol 1200krw tak silap, nak lagi murah boleh terjah Lotte Mart, beli 4 botol free sebotol dgn rega 3900krw.


Ada insiden sebelum beli susu pisang ni. Glove aku terjatuh tanpa aku sedar. Tahu2 ada org dok jerit2 dlm bahasa Korea. Aku toleh belakang nampak sorang pakcik ni sakan dok tunjuk something atas jalan dgn mulut yang riuh sambil pandang aku. Risau dah la aku kot aku ada buat salah apa2. Hehe. Rupanya dia nak cakap glove aku tercicir!! aduhai, baik ati sungguh la pokcik. Kamsahamnita.

Jika ke sini, jgn lupa mengguna kiosk service utk menghantar email ke kg halaman!!! Biasa nya traveller memilih hantar poskad sbg kenangan, tp di sini ada pilihan utk antar email bergambar. Kiok tersebut berdekatan dgn pondok Tourist Information di pangkal jalan Insadong tersebut. Terdapat beberapa kiosk disediakan. Dan caranya cuma berdiri di depan kamera nya utk bergambar berlatarbelakang suasana jalan Insadong diketika itu!! Dh ok gambarnya, attached dan antar email pada sesapa mcm biasa. Free of charge!!! hehe.

Ni lah contoh rupa email yg bakal korang terima nanti thru email tersebut, boleh la simpan utk kenangan.



Then, kami tuju kedai makan Vegetarian yg agak tersorok di celah2 lorong area Insadong tu. Ala2 mini cottage pon yer.


Mashi jadi jurucakap, lepas berpuas hati statusnya kami tanpa ragu terus masuk. Kedainya kecil saja tapi amat bersih dan cozy.

Aku pilih menu ala2 sup tofu lembut, ntah apa nama menunya in Korea. hehe. Kongsi dgn Erin sbb portion nya byk. Set menu aku order tu dtg sekali dgn 1 mangkuk nasi, so cuma tambah 1 extra nasi je lah utk kami berdua. Nasi nya adalah dari beras perang.


Reganya suma 8000krw, share berdua cuma byr 4000krw (RM 12). Dan lazim nya di Korea ni, menu utama nya akan dtg bersama side dish WAJIB depa i.e. kimchi dan segala macam benda dalam tiny plates yang kiut miut. So, bila menu dah terhidang atas meja, memang nampak banyak dan sungguh mengenyang kan. Alhamdulillah. Sup tofu tu guna sos tradisional Korean - Gochujang , sedap kat tekak aku ni, macam sos mee bandung pon yer. keke. Dan yang penting InsyaAllah HALAL bhn2nya.

Vegetarian cuisine
Vegetarian cookery in Korea may be linked to the Buddhist traditions that influenced Korean culture from the Goryeo dynasty onwards. There are hundreds of vegetarian restaurants in Korea, although historically they have been local restaurants that are unknown to tourists. Most have buffets, with cold food, and vegetarian kimchi and tofu being the main features. Bibimbap is a common vegan dish. Menus change with seasons. Wine with the alcohol removed and fine teas are also served. The Korean tea ceremony is suitable for all vegetarians and vegans, and began with Buddhist influences. All food is eaten with a combination of rather slippery stainless steel oval chopsticks and a long-handled shallow spoon called together sujeo.



Lama jugak kami lepak kedai makan ni, sambil rehat dan mengumpul kederat balik utk merayap sana sini. Keluar dari kedai makan ni terua hala masuk ke sebuah pasar ala2 pasar seni KL ni gak, byk hand crafts dan art galleries. Tiada apa yg menarik untuk di beli lagi pon harga nya boleh tahan mahal bagi kami.


Kami akhirnya memborong byk di kaunter 'Korean Tradisional Snack' yang di buat daripada kekacang dan tepung2 dan di adun dgn madu. Ada satu jenis tu sebijik rupa kuih BEPANG bila di potong!!!


Harga kuih ni antara 5000krw - 20000krw. Beli hat campur2 lagi menjimat kan, depa bagi rega 20000krw for 3 pek or 4 pek.


From Insadong kami hala ke DONGDAEMUN open market. Ada yang mahu membeli winter boot yang memurah. Di sini juga port utk soping kain cotton / silk. Masa membelek2 kasut di sini, sila berhati2 sebab ada yang di buat daripada kulit 'oink oink'. Memang boleh cam dgn jelas tekstur kulit nya camno. Tapi kalau TERsentuh gak nak buat camno, sila samak nanti dgn sabun TAHARAH.


Sambil menunggu depa soping kasut, aku merayap lepak area sekitar. Sungai tetengah bandar ni ada lagi certain part nya masih membeku. Suka dengan persekitarannya yang segar dan airnya yang amat bersih.




Sempat gak beli sotong bakar yang di jual dgn kereta sorong. Untuk size sotong besar dabak tu reganya 5000krw (RM15), sedap sotongnya bila di makan panas2 dalam cuaca sejuk gitu pulak. Sotongnya cuma di bakar kosong dan sungguh lembut fresh.



Dari Dongdaemun, kami hala masuk Milliore Mall jap. Sempat having a cup of Coffee kat LOTTERIA berharga sekitar RM12 sementara menanti yng lain abih soping.


Lotteria ni ala2 McDonald lah tapi versi Korea. Merata ada seluruh Korea ni katanya. Menurut Mashie di sini depa tak serve PORK, tapi beef and chicken ada lah (yang pastinya NON halal..huhu). Aku tengok depa selamba je order SHRIMP burger dan Cheese Stix, sedap sgt katanya. Ada gak SQUID beger, nampak mmg sedap. Katanya depa ada dapur asing utk serve SEAFOOD burger, so patutnya tadak soal was2 nak makan lah. Aku je tak lalu nak makan. Kalau dah sendiri yg rasa was2 nk mkn, better avoid. Banyak lagi benda lain boleh makan


Setel situ, kami hala ke DOOTA mall lak. Member kami Jass mahu mencari set alat mekap La Neige ke apa namanya. Kemudian Mashi bawa kami ke sebuah kedai cenderamata dalam tu yang katanya harga boleh dirunding murah2. Owner nya boleh cakap melayu. Kagum jap. hehe. Tu tandanya dia dah biasa berurusan dgn pembeli dari Malaysia, boleh la runding harga lagi murah. So beli mana patut yang boleh dapat harga murah2 tu.



Keluar dari Doota Mall hari sudah gelap. Sini jam 6ptg dah mula gelap. Jam 6.30ptg - 7mlm tu mmg dh gelap gelita. Suhu mmg menten sejuk gedi macam biasa.


Masa keluar dari stesen subway Myeongdong tu, ternampak pulak org berjual buah on the way ke hostel. Buah Stoberi paling menarik perhatian kami. Beli sepeket share dgn Kak Inazz, rega rm 8000krw (RM24). Buahnya besar dabak dan nampak sungguh fresh and juicy!!!




Then singgah pulak jap di kedai Family mart utk cari NASI SEGERA as for dinner. Kemudian terus balik ke hostel kami. Having dinner dgn apa yang ada sambil makan buah stoberi yg di beli tadi. Buahnya Manis2 masam sket. Sungguh sedap!!!


Nasi segera (Instant rice) tadi cuma perlu di masak dgn Mikrovave selama 3 minit, siap utk di makan!! Sebekas tu harganya dalam 1200krw - 1900kw (RM 3-RM 5) ikut size, bagi aku berbaloi bila di ganding kan pulak dgn lauk pauk bekalan kami, mmg heaven lah pakat berkelah. Alhamdulillah.



Usai makan dan mandi, rebahkan badan di tilam baru terasa kaki seakan mahu tercabut!!! Sakit nya toksah ckp lah. Cepat2 telan pain killer for sakit sendi relieve. Malam tu kami tak keluar ke mana dah la, berehat mengumpul tenaga utk perjalanan jauh pulak keesokan hari. Perjalanan yang paling di nanti2 benornya - ke Sorak San utk melihat salji!!! Moga ada rezeki kami utk merasa SNOWING. Aminnnnnnnn.

6 comments:

  1. aduiiiiiii bila aku mau sampai daaaaa..best baca citer ko mek ,rasa mcm ikut sekali hahaha

    ReplyDelete
  2. seonoknya :)
    bab makan tu kalau was-was tak baik teruskan
    banyak lagi bende halal yg boleh dimakan

    ReplyDelete
  3. Jah...pahni wajib hang polow kalau ada ripit...keke...kumpul duit byr part by part tak terasa sgt...kalau betul bajetnya, honestly ko cuma spend sebulan gaji ko je Jah for the trip...flite cari hat murah2 less 1K..duit hotel+mkn+transport lam 1K gak...1K lg for soping+extra fees...mau extra lg, tambah ler sukati...haha...bg aku berbaloi, for the trip yg leh kata once in our life to get thru...huhu...

    ReplyDelete
  4. Irfa...betul tu...tp kami masa kat sana boleh kata heaven bab makan sbb byk stok makanan sndiri leh bwk...tak sempat kebulur or catu makan la org kata...hehe...overall, korean food ni pon byk hat vegetarian based. Cuma dr segi alatan nya je lah bikin cuak. haha. masa kat hostel, kami samak suma alatan makan b4 amik guna pahtu keep ourselves sampai abih stay situ.

    ReplyDelete
  5. yeayyyy dpt lg info berguna...best bace entry akak nih...inyaallah hujung bulan nih sy gi sane gak for 1 week...coretan akak nih membantu sangat...tq sis...:)

    ReplyDelete
  6. Anon...happy reading...and enjoy Ur trip soon...trust me, U won't regret been there!!! hehe..la ni dh Spring, layan cherry blossom la nanti...best tu.

    ReplyDelete