Saturday 17 March 2012

Travelog Sulung Kawe - South Korea (Part 3)

Day 3 - 5 Mac 2012

Perjalanan kami bermula jam 7pagi. Dari stesen Myeongdong (Line 4) kami transfer train ke Line 3 utk stop di stesen Gambyeong.


Dari stesen subway ni, kami cross the road ke sebelah hadapan nya utk ke stesen bas EXPRESS bas terminal. Di sini kami perlu mengambil bas ke Sokcho kemudian ke Sorak San.

Terminal bas nya lebih kurang dgn stesen2 bas di Malaysia juga, ada byk kaunter2 tiket ke pelbagai destinasi, So sila cari kaunter yang ada tulih SOKCHO kat tingkap kaunter tu. Kalau tak pasti, ada helper kat situ yang boleh tolong kita, helper ni lebih kurang macam staff from tourist office lah. Kadar tambang bas ke Sokcho adalah 16100krw (RM48) sehala. Bas nya sgt selesa (seatnya lg selesa dr seat Air Asia...huhu) dan perjalanan adalah lebih kurang 3 jam. Bas akan berhenti rehat sekali selama 20 minit kat sebuah hentian.




Di sepanjang perjalanan, pemandangan beransur-ansur berubah bila menghala ke kawasan pergunungan. Banyak kawasan masih dilitupi salji tebal dan ia adalah sesuatu yang amat menyentuh hati aku bila melihatnya. Alhamdulillah, di beri rezeki utk aku merasa dan melihat pemandangan syurga dunia ciptaan MU ini Ya Allah. Sungguh indah di mata ku melihat pemandangan yang memutih.




Hat dalam bungkusan BIRU tu adalah ikan salai or ikan masin, tapi salai versi Korean lah. Katanya mmg menjadi industri depa di musim sejuk utk memproses ikan ni.

Sesampai di stesen bas Sokcho, kami keluar dari area situ hala ke kanan tepi jalan utama. Ada satu bus stop kat situ utk kami naik bus ke Sorak San.


Bas nya bernombor 7-1, dgn kadar tambang 1100krw sehala. Bas ni mcm mini bas dan hentian Sorak San adalah hentian TERAKHIR nya.



Perjalanan lebih kurang dalam 20-30 minit kot, lupa dah la. Akan melintasi bandar Sokcho yang dipenuhi jalan2 seakan rodeo streets yg punya kedai2 jenama antarabangsa. Untuk info, Sokcho juga dikenali sbg Perkampungan Nelayan. Boleh kelihatan juga pantai bila naik bas ni.

Sampai je di hentian terakhir kami di sambut dgn hujan renyai2. Berharap sgt semoga rintik air hujan itu menjadi rintik salji. hehe. Dari bus stop kami tuju mencari sesuatu utk buat berteduh. Payung ada, baju hujan pon ada. Sudah tentu menjadi serba mahal bila dlm keadaan begini. Aku beli payung rega 8000krw, langsung tak boleh tawar dgn Ahjussi tu. Nyesal gak tak bawak payung sesiap dari malaysia. hehe. Takpon beli sesiap kat Seoul dah tentu murah sikit.







Kemudian menapak lagi ke depan kira2 500m utk ke stesen cable car nya utk naik ke puncak. Dalam lecah jalan dipenuhi salji beku dan salji cair, dgn hujannya lg, agak renyah gak lah kami menyusun tapak. Kasut pon mula terasa basah menambah sejuk badan.


Untuk info, bayaran masuk ke sini adalah 2500krw.

Sampai je dalam stesen tu, kami berehat seketika di sebuah kedai makan ni. Ada yang tak sabar2 terus order a cup of Coffee utk memanas kan badan. Mmg nikmat sungguh bila dapat kopi panas dlm keadaan suhu sejuk gitu.


Mashi gesa kami try sejenis makanan yg di jual di situ - Teokbokgi namanya or RICE CAKE. Teokbokgi ni
mcm keowteow yang di gulung, basic nya pon mmg dari tepung beras. Rasanya liat2 dan di masak dgn sos cili depa. Sedap wehhhhh. Or maybe semuanya terasa sedap bila dh sejuk gitu?? haha..


Juga makan jagung rebus!!! jagung nya berbeza sikit. Tekstur isi jagung tu sebijik mcm PULUT!!! makan pepanas sedap lg, bila dh sejuk stat rasa liat dan muak.


Siap isi perut, kami terus ke bhgn atas utk naik kereta kabel. Kadar tambang nya 9000 krw sehala. Sepanjang perjalanan ke atas pemandangan nya makin menakjub kan.


Sesampai je atas sana, tetiba IT'S SNOWING!!!! YaAllah, betapa gembiranya la hai kami semua.






Kemudian, apa lagi yang ditunggu, masing2 menjakun la main salji!! hehe. Dah tak ingat sejuk beku dah la. So, tahan muntah la yer korang tengok gambo aku jakun main salji. Huhu.










Best. best. Dapat main lambung2 salji. dapat guling2 atas salji. Kebetulan time kami sampai sini, salji nya baru turun, salji DARA bak kata Mashie. Cantik bersih halus memutih je. MasyaAllah.






Sepatutnya sepanjang pendakian ke atas tu ada tangga2, tapi dah tak nampak semua tangga tu di litupi salji tebal.




Aku cuma berani redah salji sampai paras lutut saja. Kasut aku dah mula lenjun. Hehe.






Kami mendaki ke atas tak sampai ke betul2 kemuncak lah. Salji makin lebat turun beserta angin yang makin kuat. Badan pon mula terasa sejuk dan kejung. Namun saat2 di atas tak harus di persia2 kan. Kami tenggelama dalam dunia masing2, menghayati panorama sementara ada peluang ni. Entah bila pulak boleh merasa. huhu.




Muka pon dah terasa kejung. Yang best nya bila sejuk gini, muka itam bercapuk aku nampak sungguh la bersih mulus. haha. yang pasti takyah mekap pakai blusher, bukan takat pipi merah, hidung pon memerah jadinya. Kena rajin sapu UV blok. Bibir lak jgn lupa salu calit lip gloss. For info, spek mata aku tu rupanya bila cuaca sejuk pon dia akan bertukar jadi itam. Rupanya transition UV dlm suhu sejuk pon ada. Sudahnya most gambar2 aku dah suma POYO pakai spek itam!!! Itu spek rabun aku. huhu.



Sedang ralit kami 'bermain', pengawal mula meniup wisel tanda amaran suruh para pelawat mula mengosongkan tempat tu. Cuaca makin memburuk dan mungkin keadaan menjadi lebih bahaya buat semua. Maka kami semua beransur turun dengan lebih berhati2. Track laluan semakin licin bila dah ramai2 dok guna laluan yang sama, petua nya sila pijak laluan yang masih belum guna dan jgn sesekali pijak area yg ada batu.



Sebelum turun, meh la ambil gambar reramai buat kenangan.


Ini lah kami semua, ahli rombongan trip ni. 11 org semua. Sayang kami lupa bawa bendera Malaysia nak kasi pacak bersama, waaahh semangat gitu. hehe. Kat belakang kami tu rombongan pelancong Thailand. Masa ni angin kuat gila dan salji pon makin lebat.


Usai sampai di stesen kereta kabel, masing2 terus menuju heater yang disediakan utk memanaskan badan masing2, juga utk mengeringkan pakaian mana patut yg dah abih lenjun dek sakan bermain salji. walau pun sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam, namun di muka masing2 tergambar kepuasan yang tak terhingga. Alhamdulillah.

Kami menghala turun dgn kereta kabel ke stesen bawah mula2 tadi. Lagi sekali lepak dan berehat di kedai mula2 makan tteokbokki dan jagung tadi. Kali ni masing2 layan minuman panas dgn penuh nikmat. Kemudian ada pulak yang rombongan pelancong tempatan mahu bergambar dgn kami. Aku lupa dah la nama rombongan ni.


Saat kami meninggalkan stesen bas Sorak San menuju bandar Sokcho, waktu sudah beransur gelap. Masing2 sudah kepenatan, namun perjalanan masih panjang lagi. Di stesen bas Sokcho, kami naik bas pulang ke Seoul jam 6.30ptg. Hari sudah pon malam masa ni. Atas bas, masing2 lena tak hengat.

Sampai di Express Terminal bus jam 9 malam, Gambyeong kami ambil keputusan utk dinner di luar. Kali ni Mashi bawa kami makan Rapogki (kalau tak silap namanya) di area SINDANG, spesifiknya Teobuk town.

Rapokgi ni rupanya macam MEGI kari kita lah kot. hehe. Menu vegetarian jugak. dalam tu ada taruk noodles, teobokgi (rice cake) dolmeon (glass noodle) dan sayur2. Bila perut dah tahap kebulur, sejuk2 pulak tu, nikmat sungguh la masing2 dok ngadap makan. Rega sorang 5500krw (RM16.50).


Asalnya rupa gini. Suma bahan di taruk dalam satu periuk, bubuh air kosong biasa dan sos gochujang serta serbuk cili. Kemudian di panaskan sampai kuah mendidih dan bertukar menjadi menu yg sungguh menyelerakan!!


Cara makan nya kena ceduk dgn garfu dalam periuk tu dan di taruk dalam piring kecik masing2. Semua dok sibuk mencari SUDU utk menghirup kuah panas2, tapi nan ado. hehe. Cara makan nya memang gitu, dan lagi 'kembang' bahan dalam tu lagi sedap sebab semua kuah dah di serap masuk dalam bahan2 tu. Side dish nya mcm biasa ada radish pickle. Sedap bila di Gu bersama MEGI KOREA ni.


Usai makan, terus balik ke hostel kami dgn subway. Ikutkan kaki mmg dah tak larat nak berjalan ke stesen subway tp gagah kan diri juga sbb payah nak cari teksi masa tu.

Malam tu masing2 tido tak berketak dek penat sgt2. Program esoknya patut bermula jam 7pagi telah ditunda ke jam 9pagi, supaya masing2 dapat rehat secukupnya. Esok pagi kami plan akan ke perkampungan budaya (Hanok Village) di Jeounju.

Akan bersambung. InsyaAllah.

2 comments:

  1. Best nyer main salji!!!!. Kaksu jgn lupa tulis caner nak g mall yang jual brooch tuh yek....dan jugak caner nak g Pulau Nami tu jugak. :) Yea...yeaa tahun depan nak g!!!!

    ReplyDelete
  2. pertama kali main salji kat new zealand
    kali ni nak merasa la main salji kat korea
    tapi entah bila la kot..
    kena mula menyimpan rm1 sehari :)

    ReplyDelete