Monday 19 March 2012

Travelog Sulung Kawe - South Korea (Part 4)

Day 4 -  6 Mac 2012


Pagi hari ke 4 di Seoul kami bermula dgn lebih tenang. Namun jadual asal mahu bertolak jam 9 pagi terpaksa di awal kan memandangkan kami perlu naik bas ke Jeounju jam 8 pagi!! 

Sempat singgah utk top up T Money di kedai Family Mart berdekatan hostel kami. Kali ni aku top 5000krw saja. Untuk info, trip kami ke JEOUNJU HANOK VILLAGE ini akan menaiki sebuah FREE SHUTTLE. Yupp, tambang nya adalah PERCUMA pergi balik. Tiket percuma ini boleh di buat tempahan advanced secara online di website SINI sempena Tahun Melawat Korea 2012. Katanya promosi ini di buat oleh pihak Korea Trvale menggalakkan pelancong utk melawat area menarik di LUAR Seoul iaitu di Jeounju, Busan dan Gyeounju.


kamera aku ni tak ubah time setting rupanya. haha. Dok kira ikut jam Malaysia, tertera jam 6.41 pagi, waktu Korea masa ni kira 7.41 pagi. Kak Inaz dh tukar jaket lain, aku gak dok ulang2 jaket sama. hehe. Layannnnn.

Kami dari stesen subway Line 4 Myeongdong kami ke Stesen Dongdaemun Stadium utk transfer ke Line 5 dan stop di stesen Gwanghwamun. Keluar Exit 2 kami terus menapak ke hadapan kira2 100 meter dikenali sebagai Gwaghwamun Square ke stesen bas tersebut.

Bas nya memang boleh di kenalpasti sbb ada tertera lambang Korea Visit Year 2012. Ramai juga pelancong lain yang turut serta dalam bas yang sama kami naiki.  Ada di sediakan seorang ONNI pembantu pelancong utk menjelaskan psl trip ini.

Perjalanan dari Seoul ke Jeounju memakan masa 2 jam, dengan sekali pit stop di sebuah hentian rehat. Cuaca bertambah sejuk dari semalam.




Jam 10.30 pagi kami selamat sampai di stesen bas Jeounju. Untuk info, Jeounju adalah sebuah Bandar kecik yang di penuhi dgn bangunan2 lama masyarakat Korea. Di sini juga terdapat bangunan bersejarah seperti Istana dan FORT (KUBU) askar zaman dahulu.


Kalau di Malaysia boleh lah di samakan Jeounju ini dgn Bandar Melaka kot, takpon Kampung MORTEN tu. Tapi di sini, area nya lagi luas dan semua rumah penduduk adalah bercirikan rumah tradisional. Rumah tradisional Korea ni boleh di kenal pasti paling jelas dgn btk bumbung nya.


Agenda pertama kami adalah membuat tempahan utk mencuba HANBOOK iaitu pakaian tradisional depa.  Dengan bantuan ONNI bas tadi, kami dapat sebuah rumah utk menempah perkhidmatan ini.

Kami berjanji utk datang balik ke situ 2 jam kemudian utk mencuba Hanbook.


Kami teruskan program menjelajah area sini. Berkenan dengan tembok2 rumah penduduk sini mostly dibuat daripada tanah liat. Aku membayang kan gigih depa ni dok menampal tanah liat ni suma.



Di Bandar ini, boleh kata 80% penduduk nya menawarkan servis pelancongan pada pelancong. Mereka menjalani hidup macam biasa, dan dalam masa sama membuka ruang utk pelancong utk melihat sisi kehidupan mereka dgn lebih dekat.

As pelancong pulak, tidak boleh main terjah je masuk memana rumah sebab itu juga merupakan kediaman mereka yang perlu kita respek. Most kawasan rumah depa di penuhi dgn tempayan2 jeruk spashly nya KIMCHI.





Menyusuri Bandar Jeonju adalah cukup menenangkan. Tiada kesibukan kenderaan di jalan2nya. Dengan pemandangan yang memukau, suasana yang sepi tiada hiruk pikuk kesibukan at all. Sungguh tenang kedaan di situ. Sampai ada antara kami sempat berangan utk menetap di sini menghabiskan sisa usia!!!










Masa kami sampai depa tgh sibuk mencantik kan bandar untuk menyambut musim Spring yang bakal tiba bila2 masa.






Penduduknya peramah dan amat menghormati pelancong sementelah area situ mmg tumpuan pelancong. Di sini juga, terdapat sedikit keterbukaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam percakapan dan label2 papan tanda.



Paling menarik perhatian aku adalah longkang2nya. Entah betul ke tidak itu longkang namanya. Hehe. Binaan nya di sepanjang jalan dan rumah penduduk seperti kedudukan longkang di Malaysia jugak. Tapi di dalam ‘longkang’ itu mengalir air yg sangat2 jernih!!!


Seolah aliran sungai kecik yang merentasi Bandar tersebut. Dan aku terserempak dgn salah seorang penduduk menceduk air tersebut utk di gunakan membasuh porch rumahnya. Mungkin bukan longkang lah namanya kot. Tapi sungguh tiada lg saliran struktur lain yg aku nampak berfungsi sbg longkang selain dr struktur tu!!! Mungkin saliran longkangnya di buat bawah tanah, tertutup dari pandangan umum??..Namun tetap aku kagum dgn disiplin depa menjaga kebersihan saliran terbuka ini, tiada kulapuk kulat apatah lagi sampah sarap dalam saliran tu.


Posing depan saliran air. Airnya cetek, takat betis saja.


Air yang mengalir dalam saluran tersebut kadang2 seolah ada paip air dlm binaan nya.


"longkang" yang amat bersih. hehe.

Ikutkan tidak sempat nak jengah seluruh tempat ni. Kalau di rujuk pada peta kami, terdapat lebih 20 tempat yang disenaraikan menarik utk di lawati para pelancong. Namun kami terpaksa memilih mana perlu saja atas kekangan masa. Masa yg kami ada Cuma lebih kurang 4 jam saja sebelum bas terakhir bertolak iaitu pada jam 5 ptg.





Selepas 2 jam menjelajah, kami kembali ke rumah pertama kami singgah td utk mencuba HANBOOK spt yg di jadual kan. Lega dapat masuk dalam rumah yg punya heater. Masing2 pakat bertengek tepi heater memanaskan bdn. Hehe. Sempat camwhoring di depan tempat kami menerai Hanbook.

Utk perkhimatan ini kami dikenakan bayaran 10000 krw seorang. Namun koleksi hanbook nya agak terhad dan tidak mengancam sgt. Rasa rugi pon yer gak, tp dah tempah tu kami go on saja lah. Buat syarat org kata, at least merasa pakai hanbook. Hehe.

Menelaah peta dgn penuh nikmat sambil 'bersalai' dgn heater kat belakang.



Kalau dah rupa mek kelate tu, pakai lah baju apo pon takleh ilang punya lah. haha. Ni je lah gambar paling senonoh yang ada wat kenangan. huhu.

Usai di sini, kami teruskan penjelajahan kami. Kali ni kami memilih utk mendaki sebuah bukit di situ. Suhu sejuk tidak mematahkan semangat kami utk terus menyusun langkah. Masa ni suhu direkod adalah –3C.


Kamera pon hampir2 jem disebabkan suhu sejuk sgt. Masa menerai Hanbook, kamera aku buat onar takleh ON. Maybe dah kesejukan semalam bermain salji, aku pulak lupa nak buka semua bateri malam td. Terus aku buka kamera tu dan letak berdekatan heater, pahtu pasang balik baru lah OK balik.

Pendakian ke puncak bukit itu menyajikan pemandangan yang cukup indah. Dapat di lihat keseluruhan Bandar ini dgn lebih jelas. Aku dok berangan kalau datang time Musim Luruh tentu pemandangan lebih cantik. Sebab bukit itu di kelilingi pokok2 MAPLE yang pada masa itu semuanya rupa togel belaka!!!


Di puncak bukit tersebut terdapat sebuah balai lama. Binaan nya bercirikan tradisional seperti bangunan lama di kawasan Istana.

Kami berada di puncak ni lebih kurang 40 minit sebelum beransur turun ke bawah. Perut mula minta di isi. Kami mencari sesuatu yang boleh kami telan. hehe. Mashi mencadangkan makan BIBIMBAP saja yg pemes di sini. Menu vegetarian lagi. Aku suka jer.



For info, BIBIMBAP ni adalah gabungan nasi, sayur2, kacang2, bijan goreng dan telo mata di letak dlm satu bekas, kemudian akan di sertakan dgn sos gochujang utk di gaul bersama dalam bhn2 tersebut sebelum di makan. Macam nasi kerabu versi Korea kot. hehe. 1 portion nya spt biasa, amat lah banyak, so sila jangan mentamak dok order 1 set sorang!!!


Tapi Aku, kak Inaz dan Jass berkongsi 2 bekas bibimbap. Risau takut tak cukup. keke. Harganya sekitar 14000krw 1set kalau tak silap.

Dan side dish nya punyalah banyak. Ada 8 bekas kekecil depa serve and opkos it’s REFILL once it’s gone. Hehe. Agak2 dah licin abih tu kami dgn muka tak malunya minta tambah lagi dan lagi.

Paling menarik selera aku adalah LABU SIRA. Tak penah aku mkn labu sira sesedap itu, labunya boleh telan sampai kulitnya. Jakun jap aku. Haha. Teksturnya pulak sehalus krim dan manisnya sedang2 saja.  Pahtu ada kimchi as usual, telur pindang, ikan bilis, salad epal, vegie clear soup, salad glass noodles, soft tofu bijan, radish pickles, tepung apa ntah. Tepung ni paling tak lalu aku nk telan sbb rasa macam mkn LUMPUR pon yer. Haha. Tepung beras perang kot.


Usai makan, kami terus hala ke stesen bas utk pulang ke Seoul. Tepat jam 5.30ptg bas bergerak meninggalkan bandar Jeounju. lebih kurang jam 8.00 mlm selamat sampai ke Seoul. Kami menuju pulang ke Myeongdong, dan mahu singgah ke pasar terbuka nya malam ni sebelum balik ke hostel.

Di sini sama seperti pasar2 malam di Malaysia juga. Pelbagai barangan di jual. Selain pasar terbuka nya, ada juga lot2 kedai kat area sini, macam2 kedai la kekdahnya. Ada jenama tempatan, ada jenama antarabangsa. Masa kami sampai ada gak some of the shops dah selamat di tutup. Salu depa ni close shop at 9.30-10.30pm. Pasar terbuka tu lak sampai jam 12 masih ada lg yg buka.

Ala balik kami menapak ke hostel yag terletak tak jauh dari kwsn tersebut. Sesat gak lah memula, tp lelama boleh je cari jalan pulang. Alhamdulillah. sampai je bilik terus bersihkan diri dan makan je apa yg ada.

Esok plan nya adalah SHOPPING!!! Seawal jam 6.30 pagi kami mahu ke Namdaemun utk shopping BROOCH dan sovenier. Mahu bertolak seawal itu sebab kami plan ke NAMI ISLAND pulak lepas tu sekitar jam 9 pagi. Hopefully semuanya berjalan lancar.

2 comments:

  1. Korea memang negara yg cantik... beruntunglah dapat ke sana :)

    ReplyDelete
  2. faktor cuaca juga memainkan peranan utk mendapatkan gambar yang cantik :)

    tingin nak gi pulau jeju dan pulau nami

    ReplyDelete