Monday 26 March 2012

Travelog Sulung Kawe - South Korea (Part 5)

Day 5 - 7 Mac 2012 (NAMI ISLAND)

Seawal jam 7 pagi kami sudah berada di stesen subway Myeongdong utk ke Namdaemun market. Tujuan utama nya adalah utk shopping BROOCH!!! Trip ke Korea katanya tidak sempurna tanpa agenda soping brooch korea yang cantik2. Hehe.

Dari Stesen Myeongdong ni cuma 1 perhentian saja kami kena stop iaitu stesen Hoehyeon. Ambil exit No. 5, Keluar2 je stesen tu terus boleh nampak arae Namdaemun Gate 6!!! Perjalanan paling singkat dari hostel kami.

Di area Namdaemun tu kami tuju bangunan nama e-lengdang (bangunan warna Hijau), Level 2. Masa kami sampai di sana, kedai2 semua sudah di buka dan peniaga2nya tgh menikmati sarapan di kedai masing2 dgn penuh nikmat. Di sini boleh kata pusat 'Wholesaler" pon yer gak. Mereka membuat dan menjual terus hasil buatan mereka kepada pembeli dalam kuantiti sikit atau borong. Namun, banyak juga kedainya cuma menjual dlm kuantiti borong saja iaitu paling minima 10 unit atau 12 unit. Bagi aku tetap tak ada masalah kot, sebab bila beli byk gitu, harga nya akan jadi lebih murah dan boleh pilih design berbeza2. Boleh share beli dgn member.

Percaya lah, sampai je sini boleh jadi rambang mata di buatnya. Semuanya nampak menarik, cantik!!! Adehhh, parah ni. hehe. Selain brooch, ada juga di jual perhiasan2 lain seperti anting2, rantai/loket, jam tgn, sepit rambut dan keychains. Yang pasti, semuanya adalah kraftangan mereka berasaskan batu-batuan, biji mutiara, bhn kulit, fabrik dan logam.

Untuk info, bangunan ni di TUTUP setiap hari AHAD dan cuti umum.

Bangunan2 di sini bersambung antara satu sama lain, ada laluan kita boleh rentas utk ke bangunan sebelah2 yang menjual produk2 lain pulak. Sempat lah kami mencari cenderamata lagi yang memurah.

Hampir 3 jam di sini, kami hala balik ke hostel semula. Simpan dulu brg2 belian kami dan terus bersiap utk ke NAMI ISLAND.

Utk perjalanan ke Nami Island ni, perjalanan kami adalah seperti berikut -

1) Myeongdong (line4) --> stop di Dongdaemun Stadium (transfer train amik line5) --> stop di Wangsimni (amik exit line 1) --> stop di Cheongnyangni (Line 1) --> Amik ITX Train ke Gapyeong --> Sampai stesen Gapyeong ambil Teksi ke Naminara Wharf --> Kemudian amik Ferry ke Nami Island

Tambang ITX train tu adalah 4000krw dan perjalanan mengambil masa 2 jam utk sampai ke stesen Gapyeong. ITX train ni lebih kurang macam Komuter lah. Pertama kali jugak aku tengok keretapi 2 tingkat!!!

Bila dah sampai stesen Gapyeong, ambil teksi pulak utk ke jeti Nami. Tambang nya sekitar 3000krw, dekat saja pon tak sampai 5 minit dah sampai ke jeti nak ke Nami Island.


Bayaran masuk dan perkhidmatan Feri adalah 8000krw. Perjalanan adalah selama 5 minit saja ke Pulau Nami. Nama saja pulau tapi bukannya terletak di lautan ke apa, lebih pada tasik je kot.

Tiba2 nampak bendera Malaysia berkibar megah antara bendera2 lain. hehe.



Itu lah feri yg bakal kami naik dan belah kanan tu pulak Nami Island nya. Jauh tak? haha.


Sampai di Nami Island, sisa2 salji masih lg kelihatan di sesetengah tempat. Katanya di sini paling cantik kalau dtg betul2 time Winter atau Autuum.

Masa kami pergi ni, kawasan nya agak 'sendu' sedikit. hehe. Nampak macam tak terjaga pon yer gak, maybe peralihan antara musim sejuk ke musim bunga membuat tarikan tempat tu agak berkurangan. Lecak di sesetengah tempat dan agak kotor. Namun view nya masih menarik cuma tidak lah se GAH apa yg kami jangka kan. Atau mungkin Nami Island ni sudah di kira 'over rated'?

Kawasan Nami Island ni mmg luas kalau nak jelajah. Ada di sediakan perkhidmatan mini train dan paling pemes sewa basikal.


Kami cuma jelajah memana tempat yang wajib singgah saja. Lagi pon setahu aku, Nami Island ni cuma terkenal dgn 'mitos' drama tersohor Winter Sonata nya saja. Maka tumpuan ke sini cuma utk 'feel' nya saja lah kot, yg mana 'feel' tu tiada di jiwa aku masa tu. Haha. Maybe cite ni dh lama aku layan tgok, so feel tu dah lama hilang kot.

Tapi pehal pon, meh kita pakat bergambar dgn tugu nya. hehe. Gambo wajib ni.


Sebelum tu, kami singgah makan 'nasi kocak' kat sebuah gerai dalam tu. Ni pon kira benda WAJIB gak kalau dh sampai sini - makan Nasi Kocak. Haha.

Gerai ni terletak betul2 sebelah pondok Galeri foto2 filem Winter Sonata. Dan yang bagus nya ada tanda HALAL.


Nasi kocak ni sebenarnya nasi putih biasa yang di masak pepanas bersama KIMCHI dan telur saja. Di letak dalam satu bekas tin dan masa nak ambil tu, akan di beri sepasang 'glove' khas utk di guna kan memegang bekas tin nasi dan goyang/kocak bekas tu. Tujuan nya supaya nasi, kimchi dan telur bersatu!


Gaya Erin yang bersungguh2 mengocak bekas tin!!! Harga 1 bekas ni aku pon dah lupa. Tak silap sekitar 4000 - 5000 krw.


Ini hasil kocakan tgn aku. tak cukup power member kata. haha. Nasi tak bercampur elok dgn semua bahan. Rasanya? sama mcm mkn nasi dgn kimchi!! haha. Dah itu je kan bahan nya. Sadly, kimchi yang di guna kan masa tu adalah TIDAK SEDAP!! Tak pasal2 aku rasa macam makan NASI BASI, boleh???...huhu..dgn masam nya, kepam nya. Terbaikkk. Sudahnya makan 3,4 sudu saja terus tolak tepi. So far, selama di Korea ni, KIMCHI paling sedap yg aku makan adalah di kedai vegetarian pertama kami pergi di Insadong tu. Kimchi nya fresh dan rasanya manis masam masin rangup semacam je. Alahai, teringat2 la pulak.

Then, mashi order pulak sejenis pancake ni. Pon KIMCHI jugak lah bhn asas nya!!! so mari kita namakan dia lempeng kimchi!!!


Lepas makan, kami sambung merayap.

Di Nami island ni mmg byk pokok2 yg di tanam sekeliling pulau nya. Membentuk jaluran tersusun yang indah pasti nya tidak jemu di pandang.



Oh ya. Aku mula pakai BOOT baru!!! Boot yang di beli di stesen mana ntah, lupa dah la, dengan harga 10000krw atau RM30 saja!! Masa kami sampai stesen tu, kebetulan depa baru je stat jualan lelong ni. So, masing2 pon apa lagi. Terus mencari boot idaman hati. Bila lagi nak bergaya pakai boot. Haha. Aku beli pon sebab kasut asal dah mula tak selesa dek kebasahan akibat bermain salji dan susah dh la nak kering elok macam asal.




Masuk jap dalam pondok galeri gambar Drama tersohor Ni. Kecil saja pondoknya, cuma ada 4 ruang dinding yang di penuhi dengan gambar2 kenangan dari drama tersebut. Agak tidak terjaga pondok kecil ini, malah ada sesetengah ruang terdapat contengan nakal pengunjung!!! 


Kat area situ gak terdapat patung pelakon utama Winter Sonata - Jun Sang & Woo Jin. Namun aku tak bergambar pon situ, tadak feel. haha. Maybe kalau dtg dgn my cik abe, leh amik feel kot ek? jum bangggggg....




Dah puas pusing2 situ, maka jum lah balik. Sebelum tu, meh buat pangai budak2 jap.

Ready???



Hiyarrrghhhhhhhhhhhhhh


OK. Puas hati. Jum balik!!! haha.



Sekitar jam 5.30 ptg kami naik feri balik ke tanah besar tadi.



Saat feri meninggalkan Nami Island, suasana mula bertukar gelap. Mula rasa syahdu ntah apa2 bila makin lama makin jauh kami tinggalkan Nami Island. InsyaAllah panjang umur, ada rezeki, moga berpeluang lagi ke sini.


Oh ya. Untuk info, di sekeitar jeti Naminara ni ada port iaitu a tower utk mencuba 'bungee jump'. Boleh la nak mencuba kalau mahu.

Perjalanan balik lebih santai tapi amat lah memenatkan. Terasa jauhnya perjalanan pulang ini. Di tambah pulak terpaksa berdiri sesaja dalam ITX train dek penuh dgn penumpang nya. Sehingga stesen ntah ke berapa, baru lah dapat duduk. Phewwwww.

Kami selamat sampai di bandar Seoul sekitar jam 9 mlm. Mashi cadangkan kami dinner di ITAEWON, antara port yg wajib singgah juga katanya. Itaewon dikenali sbg area foreigner. Banyak sekali gudang2 dan kedai makan bercitarasa antarabangsa dan pelawat2 luar juga bersepah2!!! Sebelum makan, kami singgah di sebuah kedai cenderamata yg pemes di kalangan pelancong Malaysia. Psttttttt...MAWI pon penah singgah sini tau!!! haha...Tapi aku pon dh lupa apa nama kedainya, kalau aku jumpa cari balik nanti aku tepek info nya yer.

Di kedai ni geng kami sakan memborong T Shirt. Reganya antara 5000krw - 15000krw sehelai, ada juga pilihan 10000krw for 3pcs. Amat berbaloi. Paling menarik, owner nya boleh berbahasa melayu, memudahkan urusan tawar menawar kami. Setel di sini, kami mencari kedai makan muslim. Pilihan yg ada masa tu adalah sebuah kedai makan India. Boleh lah utk mengalas perut. Most of us order Nasi Biryani Ayam.

Ikutkan plan asal kami mahu luangkan lebih masa di sini, khasnya menjengah masjid nya. Namun atas kekangan masa, terpaksa berpuas hati dgn apa yg sempat saja. Apa pon, Alhamdulillah, sekurang2 nya sempat singgah di Itaewon yg sering menjadi sebutan di kalangan pelancong kita, walau sekejap saja pon jadi lah.

Akan bersambung. Insya Allah - LAST PART.


5 comments:

  1. pulau nami over rated?
    yelah kot..tapi yg penting dah pegi
    bolehlah bercerita kalau org tanya.hehe

    ReplyDelete
  2. Tq kaksu for sharing citer g korea. Lucu kaksu lompat2 tuh. Lain kali kalo nak nampak lompat lagi tinggi, tukang gambar kena duduk (aka menonggeng) dan kedudukan kamera hampir2 mencecah tanah. He..he...he...

    ReplyDelete
  3. Irfa...yer betullllllll...yg penting dh sampai sana kalau ada yg bertanya...keke...maybe masa kami g tu tempatnya agak tidak terjaga di sesetengah port tu...tp rasanya org g situ semata nk fokus area yg ada Winter Sonata items saja kot...

    ReplyDelete
  4. Bai...haha...anak2 tgok gaya gini pakat dok kata mama nya buang tebiat...sabo je lah...keke..saja amik gambo gitu sbb nk nampak view belakang pokok2 tersusun tu, kalau amik mendongak sgt nampak pucuk2 pokok saja...huhu...x reti cari angle lg, amatur kekdahnya suma...haha..

    ReplyDelete
  5. tahun lepas pergi sane. tetiba jer rasa sedih..nie winter sonata punya hal la nih..huhuhu

    ReplyDelete