Saturday 7 April 2012

Unifi Installed

Test power.

Baru siap install UNIFI kat rumah, lepas ni boleh la jd blogger tegar. Haha.

La ni still ada promosi FREE INSTALLATION (jimat RM200 katanya). Aku amik pakej hat yg paling murah saja, sekadar dgn keperluan sendiri. Lagi pon area rumah aku ni cuma UNIFI saja paling worth, broadband service lain mmg hampeh.com.

How to subscribe UNIFI?

1. Tuju memana booth TM yg provide this promotion. Or else boleh tepon TM unifi Centre at 1-300-88-1221. Depa akan cek dulu either area alamat kita nak install tu ada coverage or not. Kalau ada, leh proceed isi borang pendaftaran, FOC masa daftar ni.

2. TM Centre akan kol utk buat appointment pemasangan. Selalunya cuma ambil masa beberapa hari saja dari tarikh kita daftar. Depa akan bagi 1 slot masa utk kita, then kalau rasa x leh commit on that date, boleh arrange ikut our kelapangan. Yet, ada penalty kalau kita gagal fulfil that appointment yg dh di buat. Depa akan set tarikh sekitar 7 hari.

3. SEhari dua sebelum tarikh pemasangan, depa akan kol lg utk konpem kan.

4. Kontraktor mai psg ikut spesifikasi standard or non standard, Hat non standard ni akan ada extra charge nya. Non standard maksudnya pemasangan ikut kehendak customer yg mana tidak tertakluk dgn standard pemasangan depa spt concealed wiring or wiring ikut ceiling rumah.

5. Tetapkan port TV mana utk link dgn HYPP TV. Sedikit leceh kalau mahu combine di TV yg sama dah di install ASTRO.

6. Free equipment yg di bagi selepas pemasangan siap ialah DECT Phone, Residental Gateway, Hypp TV Set up Box dan Broadband Termination unit. DECT phone adalah wireless phone yg boleh di guna secara percuma utk panggilan ke no. talian tetap TM seluruh Malaysia. Dan Flat Rate 10 sen/min utk memana no. telefon mudah alih.

7. Tiada deposit diperlukan, tp tertakluk dgn syarat kontrak 24 bulan or else penalty RM500 sekiranya mahu terminate.

2 comments:

  1. Dah macam2 sekarang di Malaysia ye.. tak terkejar dengan kemajuan teknologi

    ReplyDelete
  2. terus terjah kat celoteh kak su di label 'unifi'..rumah baru on d' way nak pasang..kiciwanya dah nak sebulan menunggu ada jer halangan..nasib la jiwa sy ni kering, kalau tak dah blaclist TM Unifi..

    ReplyDelete