Assalamualaikum Warahmatullah
Pepagi tadi kemain semangat snap gambar, sekali nya nk transfer, kabel kamera lupa bwk...isks...baru je ada mood rajin nk update blog ni. Konon bila ada gambar tu ada lah bahan entri nya. Hehe.
Semalam adalah kira hari pertama cuti sekolah utk minggu ni. Belum nampak lagi bahang2 kebosanan Aisyah & Ainaa kat taska dorang. Tunggu je lah minggu depan, sure ada la yg sambut mama dgn muka benyek dpn taska. Haha.
For Aisyah, ini lah masa terbaik utk dia lenjan bermain dgn kwn2 sebaya yg mostly dia takdan jumpa time hari persekolahan. Balik sekolah agama, terus terkocoh2 bersiap nak pergi sekolah kebangsaan pulak. Salunya dia cuma ada masa sejam sebelum van sekolah datang amik. So mmg dia truly looking forward having great time dgn kwn2 'girlish' kat taska nya.
Petang semalam masa pick up dorang kat taska, masing2 seronok dok tayang INAI kat bdn!!! Rupanya pengasuh kat taska bagi depa inai utk wat corak kat tgn & kaki masing2. Inai ni jenis yg senang cuci je tu, so tarak hal. Riuh masing2 tak sabar nak tayang kat mama hasil kreativiti nya. Small things but BIG happiness for them. Alhamdulillah.
Mlm td msk sempoi2 je (mcm biasa lah kawe ni...) - singgang ikan, pucuk paku goreng, ikan goreng, ulam petai celur + budu!! Pahtu buatkan bubur kacang sikit, request by Aisyah. Campur dgn red beans. Kemain sedap masing2 ngadap mlm td sambil melayan MasterChef Celebriti kat cenel Astro Ria.
Hujung minggu ni plan nya mahu balik kampung, InsyaAllah. Sementelah ada dua kenduri kahwin anak sepupu cik abe. Dah lama tak makan nasi kenduri kawen belah sana. Gulai kawah, acar pisang muda, teresek jantung pisang dgn kaki ayam/pedal& hati ayam, sira labu, ayam percik, petai jeruk...aduhhh. kecur air liur dibuatnya.
Rindu jugak nak bersidai kat kerusi batu Tok Mek & Tok Ayah ni. hehe.
No comments:
Post a Comment