Sejak akhir ini serasa waktu rehat hujung minggu begitu pendek waktu nya. Semuanya gara2 projek rumah Anggerik. Cuti hujung minggu esok adalah paling dinanti oleh aku dan cik abe utk berehat sakan!
Asalnya plan kami utk dapatkan penyewa by 15hb ni, tapi bila tgok byk lg nak kena tacap kami postpone ke 1hb June. Sekali bila dh buat iklan kat Mudah.my, ada pulak yg mahu cecepat pindah. Itu yg buat kerja kami jadi padat dari jadual asal. My cik abe lah yg paling kesian. Asyik dok ulang alik pergi sana tiap2 mlm even hari kerja semata nak siapkan kerja mengecat dan membaik pulih mana patut. Aku nak sub upah pada org dia tak bagi, nak jimat katanya. So, merasa lah buat kerja sampai cramp badan.
So far, myself and my cik abe happy with this. Even rumah kecik and murah, tetap berbesar hati kami. Even mahu disewakan pada org buat ketika ini, tetap lah kami buat rumah ni mcm rumah kami jua. Jiran2 ada gak yg menegur kami yg beriya dok kemas rumah bila kami nak pindah masuk. Masing2 agak terkejut bila dengar rumah tu kami nak sewakan. Kalau nak disewakan kenapa beriya tacap depa tanya. Karang kalau penyewa duduk, abih lunyai gak rumah. Sesia je depa kata. Mmmm..betul lah tu, kami pon ada gak fikir gitu. Tapi kami pon percaya masih ada manusia yg waras boleh jaga rumah dgn baik. Fikir yg baik2 saja lah kan.
Ni antara projek cik abe sepanjang 2 minggu lepas.
Master Bedroom
SEBELUM |
SELEPAS |
Bilik Tengah
SEBELUM |
SELEPAS |
Bhgn Yard
SEBELUM |
SELEPAS |
Bahagian hall
SEBELUM |
SELEPAS
|
Grill dan sebahagian dinding luar di cat baru. |
harap² dpt penyewa yg ok .
ReplyDeletekami ni bila masuk tahun ke 3 ,mula penyewa start sambil lewa bayar sewa .
dr sepatutunya 28-30hb ,turun ke 1-2hb pestu 4-5hb. now kadang² 15hb . mmmppppp delima landlord kekdahnya hhahaha