Tuesday, 26 June 2012

Amazing Race Batam


Nota : Pergi Batam pakat dok lenjan T'sert "I love KOREA'...I love Batam, but I love Korea MORE...hehe.

Sedikit Info tentang Trip BATAM dgn menaiki FERI.

1. Jeti feri terletak di komplek THE ZON, Stulang laut, Johor. Kalau dari hiway KL just towards masuk bandar JB then alert signboard Stulang Laut, THE ZON.

2. Ada kwsn parking khas pada yg berkenderaan sendiri, dan kadarnya adalah munasabah. Dalam kes kami, kadarnya cuma RM1 di mana kereta di parking tepat jam 3.30 ptg sehingga 10.30 pagi esoknya. Tak percaya? SILA PERCAYA. hehe.

3. Kadar tambang dan waktu perjalanan feri boleh rujuk di SINI. Ada cukai perlu dibayar berasingan juga (seaport tax). Kadarnya tak lebih dari RM15.

4. Jarak masa perjalanan dari Stulang ke Batam lebih kurang sejam setengah. Dan waktu di Batam adalah lewat sejam dari waktu Malaysia. Cth, di Malaysia jam 8 pagi, di Batam adalah jam 7 pagi.

5. Perjalanan nya adalah selamat utk kaum mabuk laut. hehe. Laut nya tidak berombak kasar.
6. Feri nya selesa, cuma seatnya agak kecil.

Keadaan dalam feri

7. Tiba di jeti Batam, imigresen nya agak santai. Boleh terus dapatkan teksi di luar kompleks. Kadar teksi berbeza mengikut jarak dan tetap.
Komplek Jeti Feri di Batam
8. Tarikan di Batam tertumpu pada aktiviti shopping, aktiviti laut dan perkhidmatan SPA/massage. Kami berpeluang mencuba perkhidmatan MASSAGE yg disediakan oleh pihak hotel. Kadarnya adalah 80,000 Rupiah (RM 26) utk urutan satu badan selama sejam. Servis nya terbaik dan memang berbaloi2.

9. Batam juga terkenal dgn barangan berjenama (branded items) dan minyak wangi. Samada mahu yg asli atau tidak asli, itu bergantung pada bajet kita. hehe.

10. Ole2 wajib - bolu kentang. (Bolu = bahulu).


11. Makanan default yg perlu di cuba jika pergi memana wilayah Indonesia - Teh botol, menu ayam penyet dan nasi padang. InsyaAllah, makanan HALAL senang di cari.



12. Selain Rupiah Indonesia, duit Singapore Dollar (SGD) diterima secara meluas di Batam.
13. Trafiknya kelam kabut sedikit dan penggunaan HON adalah maksimum.

14. Bila nak balik ke Malaysia, jgn lupa sediakan baki duit Rupiah sebanyak 105,000 rupiah utk seaport tax yg perlu di bayar di kaunter tiket feri.



No comments:

Post a Comment