Satu hari dalam minggu lepas, usai melabuhkan punggung di kerusi opis, telefon opis berdering2. Seawal jam 7.55 pagi begitu, siapa lah yang 'bertuah' sungguh mengacau opis yang waktu formalnya cuma bermula jam 8.30 pagi??? mmmm...Dalam mood sedikit terganggu, terpaksa jua melayan panggilan masuk walau di luar waktu kerja lagi ikutkan.
"Assalamualaikum...ni Mek ni..."
Lerrrrr...ibu tersayang rupanya. Sekilas aku cek henpon kot tidak berfungsi, elok je. Seakan tahu apa yg bermain di fikiran anaknya, mek pon cecepat inpom,
"Sajo jah Mek tepon no. opis mung ni...nok dengar sogho ore 'jabat pagi ni..." hahaha...terus terasa hari tu begitu INDAH seindahnya bila permulaan yg baik begini hadir.
"Mek mace konpiden je ore jawak tepon ni...terus oyak mek ni, dibuatnya bos apek yg jawak gano??...hehe" aku mengusik Mek.
"Huk aloh laaaa...mek tau lah...mung jah hok berehi g opis pagi buto lagu tu..." Barangkali Mek pon dah betul2 masak dgn rutin anaknya selepas 12 tahun berkhidmat di kampeni cabuk ni.
Mek menalifon hari tu semata nak beritahu yag Tok Imam kawasan kami meninggal dunia. ALFATIHAH. Tok Imam yang bertanggung jawab meng'akad-nikah'kan aku dan cik abe 8 tahun lepas. Tok Imam yang telah membuat hati seorang lelaki kecut sekecutnya pada hari tersebut sampai kena lafaz 5 kali!!! Oh masih ingat, ada seorang sedara kami telah bertekad masa tu sekiranya cik abe tidak berjaya gak utk sesi ke-5 tu, depa siap sedia nak angkut mandikan cik abe dgn air kolah masjid. Haha.
Ini lah Arwah nya. Masih muda dan sihat ikutkan sebelum perginya. Namun itulah AJAL. Tak kira muda tua, sihat sakit. Kalau dah sampai masanya, tidak akan terlewat sesaat pon.
Masa majlis akad nikah kami, dia asyik la dok komplen pasal jurugambar yg tak berhenti snap, snap..."gak bakpo dok petik gamba sokmo? abih kenalin oghe...bukey pengantin jah kenalin, kito pon pakat kenalin gugup ni bilo tgok cahyo lip lap lip lap tok bereti..." Dah la cik abe kantoi lafaz byk kali, lg la kena bambu cameraman of the day. haha.
Akhirnya, berjaya gak at 5th trial. Alhamdulillah, aminnnnnnnnnn.
hahaha..terhibur baca entry suterazen ni...hope mak awak dipanjangkan umur dan sentiasa menggembirakan hati ank2 nya begini...
ReplyDeleteTerima kasih...InsyaAllah, moga kita pon diberi kekuatan utk terus berbakti dan menghiburkan hati mereka jua.
ReplyDeleteAl-Fatihah...
ReplyDeleteMoga rohnya dicucuri rahmat...
Kak Nida kena byk kali baca baru faham sebabnya lambat sikit faham dialek pantai timur ni..hehe.
Nida...InsyaAllah, aminnnnn...Nida pekabo? Moga semua sihat2 kat sana.
ReplyDeleteTu laa, dok sonot tulis lam bhs org kampung kita mcm la semua org leh paham...hehe...nk translate and eja ikut sebutan betul2 pon bukan senang benornya, tp still nak buat jugak...haha..