Thursday, 7 June 2012

Smoke, smoke go away...

Antara aktiviti peberet bila kat kampung yg mustahil boleh dibuat kat KL ni adalah pembakaran terbuka!!! hehe...



Kesempatan yg ada, cik abe memerah keringat bersihkan sekitar rumah Mek Minah. Bau rumput segar yg dipotong, bau kepulan asap adalah antara kenangan indah2 kami di kampung.





Ni lah rumah Mek Minah, rumah kesayangan cik abe. Betul2 tepi jalan utama Jerteh - Bukit Payong. Laluan utama nak ke pusat perkelahan terkenal Lata Tembakah dan La Hot Spring.


Dulu2, masa awal2 kawen aku salu cuak bila balik ke sini. Sebab kemudahan JAMBAN nya adalah di luar rumah!!! boleh bayangkan kalau tetengah malam dibuatnya sakit perut nak membuang, kena lah keluar cari toilet belakang rumah. Dlm 30m gak lah dari dapur rumah. Belakang rumah tu pulak mmg agak semak dan terpencil sikit. Dah la tandasnya pesen lama, binaan kayu yg uzur sana sini...tadak lampu la pulak dalam bilik kecik tu, kena bwk pelita taruk kat luar pintu jamban. Sesilap angin kuat sikit terus padam api pelita, gegel lutut gak dibuatnya kwn kat dalam tu. haha. Salu lah cik abe kena teman kan bini nya ke situ kalau memalam. Takpon, sedaya mungkin akan tahan membuang kalau balik sini. Haha. Masuk tahun ke-4 kami kawen, baru lah ada toilet dalam rumah. Alhamdulillah, selesa sikit.

Lagi satu, kalau balik sini, rasa totally OUT dari dunia luar. No TV, no radio. Mek Minah dh biasa tadak hiburan ni kat rumah dia. Bila anak menantu mahu adakan pon Mek Minah mati2 takmo. Membazir katanya, bukan ada sapa pon nk tengok, nak dengar. Aduhaii....mula2 mati kutu gak ler aku. Hidup dah biasa ada TV kekdahnya. Bila tadak TV tetiba rasa sangap nya hidup. Lelama, Alhamdulillah dapat biasa kan diri. Dan mula terasa hidup lebih bermakna even tadak TV, radio or linet tenet. 100% masa yg ada adalah utk aktiviti kuarga. Salu Mek Minah lah TV, Radio kami bila bosan. Penglipurlara terbaik utk anak menantu dan cucu2 nya. Pakat duduk berkeliling memalam menanti mata mengantuk, mendengar 1001 kisah antara satu sama lain. Anak2 pon dah tak heran TV or game kat enpon ke apa, lagi seronok pakat ngadap MakTok dorang mendengar cerita ceriti tak lapuk dek zaman. No Mickey Mouse, no Barbie, no Phineas & Ferb, no Pororo, No Boboiboy...hehe. Life is more meaningfull in other way. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment