Friday 27 July 2012

Ikan pekasam for sahur

Assalamualaikum Warahmatullah

Alhamdulillah, Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Pejam celik, seminggu puasa bakal berlalu sudah. Anak2 pon dah mula rasi dgn ibadat Puasa terutamanya Ainaa. Kadang kita pulak yang sangsi tengok dia cergas dan ceria semacam. Hehe.

Sepanjang seminggu puasa ni, sebagaimana aku yg tak culas memasak juadah berbuka, camtu gak lah cik abe yang tak culas lagi singgah ke Param. Kadang ke Param semata aktiviti untuk membahagiakan anak2 yg berpuasa.

Tugas memasak di bulan puasa sama saja rasanya. Tiada menu yg perlu di masak lebih istimewa atau perlu di luarbiasa kan semata sebab berpuasa. Puasa itu sendiri dah membuat segala juadah jadi serba menyelerakan. Di hidang kambing golek teruja. Di hidang ikan masin pon teruja!!! Di hidang lasagne terliur. Di hidang ubi kayu rebus pon teruja. haha.

Cuma yg menjadi masalah bila sesekali datang BLUR tak tau nak masak apa. Haishhhh...

Macam petang semalam dah berangan nak tapau beli juadah berbuka kat param saja lah nampak gayanya. Alih2 sampai simpang nak masuk rumah, ternampak orang dok berjual petai - fresh and mata besar!!! Terus singgah beli. Pahtu terus mai idea nak masak. Sebab teringat cik abe yang suka makan sambal ikan bilis petai. Jum kita GU kan dgn nasik lemak.

Alhamdulillah, siap gak menu simple nasik lemak berlaukkan sambal ikan bilis petai, belen kari daging semalam punya, telur rebus. Cik abe ke Param beli ayam goreng berempah as tambahan lauk for anak2. Nak bagi 'meriah' sikit, Nasik lemak tu terajin pulak nak renjis2 kaler IJO bagi naik seri. Kemain excited anak2 tengok nasi kelar ijo lam pinggan masing2. Aduhai.

Sahur tadi, recycle saja lah belen lauk berbuka. Cuma tambah goreng ikan pekasam for me. Cik abe tak pandai makan ikan2 pekasam gini. huhu. Even dia paling alergik kalau goreng ikan2 camni, BUSUK rumah katanya. Sentapmakkkkkk. haha.




4 comments:

  1. salam ramdahan.sedapnya makanan tu.terliur la pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. serious! memang menyelerakan ikan pekasam tu :-)

    ReplyDelete
  3. Sorry lambat reply Nik...salam ramadhan too..bulan2 posa tgok semua terliur...haha...

    ReplyDelete
  4. Lady Lavender...haaa...mmg sedap ikan pekasam tu..gu dgn nasik panas2 nyakuk abih...

    ReplyDelete