Assalamualaikum Warahmatullah...
Alhamdulillah...Dah selamat dua hari berpuasa. Rutin menyambut awal puasa agak santai bila jatuhnya hari minggu begini. Yang utama, punya banyak ruang utk memantau dan melayan karenah anak2 yg berpuasa, yg pastinya dugaan sedikit hebat bagi hari2 permulaan begini. Bagi Aisyah si sulung tiada masalah sgt, cuma Ainaa saja perlu di layan dgn penuh berhemah.
Hari pertama puasa, byk kali gak Ainaa hampir kantoi puasanya. Hehe. Kemuncaknya, semasa semua ralit tgh menyiapkan hidangan berbuka, senyap2 dia cuba sumbat kentang goreng dlm mulutnya!!! Aduhai...lagi beberapa minit nak masuk berbuka pulak tu.
Hari kedua pon tak surut gak dugaan memantau si Ainaa ni. Hari ni dia merengek merayu nak buka posa semata terliur dgn biskut kering. Nasib baik makan nasihat lg.
Oh ya...pasal menu berbuka kami lak, kesempatan cuti begini mmg digunakan utk masak sepenuhnya lah. Petang semalam ada gak cik abe pergi Param mencari kuih muih. Sudahnya tak termakan pon kuih muih tu, bazir saja.
Petang tadi buat kuih onde2 utk berbuka. Jadi lah as pemanis mulut. InsyaAllah lagi sedap, fresh dan terjamin kebersihan nya dari kuih beli kat Param.
Ainaa seronok bila diberi kesempatan 'mengentel' onde2. Lupa sekejap dia psl lapar dan dahaga berpuasa. hehe.
No comments:
Post a Comment