Thursday 19 July 2012

Usang pon usang lah...ada aku kesahhhhh???

Assalamualaikum warahmatullah

Bersungguh benar seorang kawan ni memanjangkan sebuah cerita panas katanya...



Gitu Alkisahnya...

Namun tidak tercalar hati mendengar pendapat beliau. Rasanya memang tepat dah gambaran si Nazim pasal bangunan2 UKM tu. Memang usang. Namun Keusangan certain bangunan UKM itu lah yg membuatkan UKM UNIK dan gah pada aku. Antara trademark UKM. Lambang prestij kalau boleh dikatakan begitu.

Kalau boleh, biar lah USANG tu kekal selama nya di UKM. Yang boleh menjadi ingatan kami sampai bebila sebagai pelajar dan bekas pelajar. Tak sanggup rasanya kalau melihat bangunan USANG tu di ganti kan dgn bangunan baru yg lebih moden. Even dalam area UKM tu pon dah wujud bangunan2 baru yg lebih moden, tp aku melihatnya seakan KOSONG, BEKU tiada JIWA tak seperti bangunan lama yg usang. Bertuah rasanya bila fakulti aku terletak di antara deretan bangunan usang tersebut.

Masih teringat betapa MUAL nya aku satu ketika dulu bila mendengar perkataan KOLEJ menggantikan KAMSIS!!!

Kalau dulu2 sebut saja KAMSIS, automatik akan relate pada UKM. Hanya UKM saja menggunakan perkataan KAMSIS iaitu singkatan utk kampung/kampus siswa.  Seperti MAHALLAH yg digunapakai oleh UIA. Selain nya, rata2 menggunakan perkataan KOLEJ bagi asrama pelajarnya. Namun kini semua tinggal dalam lipatan sejarah saja perkataan KAMSIS itu.











1 comment:

  1. Yaaa...mmg unik. Usang pun, usang le, yg penting dah byk memberikan manfaat pada kita kan. Dulu pegi ke Fremantle, Perth pun ada semcm institut pengajian yg ada kat situ pun bangunan yg disusun susun bata jugak. Bangunan lama tp kekal gah di situ, dipelihara dan dijaga dan lambang kunikan yg tak dpt di tempat lain. FPP pun tgh gigih buat 5S tuh Kaksu, nanti mesti cantik kat dlm, unik kat luar. Insyallah penambahbaikan berterusan.

    ReplyDelete