Monday 6 August 2012

Mood raya dah mai ka?

Assalamualaikum Warahmatullah,

Salam Nuzul Quran. Cuti Umum untuk negeri Selangor. Sekali sekala bila dapat cuti 3 hari berderet begini terasa nikmatnya la hai. Berderet tugasan di susun untuk dipenuhi, tinggal larat tak larat saja nak lunaskan. Sementelah puasa sudah 2 minggu lebih berlalu, persiapan raya sudah menjengah di fikiran.

Cuti hujung minggu kali ini di manfaat kan untuk membeli serba sedikit keperluan raya kami. Hari Sabtu lepas, tanpa cik abe yg berkerja, dan ditemani anak buah, kami ke Pasaraya Tesco Shah Alam seawal mungkin. Tujuan utama adalah membeli baju raya untuk anak2 dara kami. Agak menyedihkan bila di dapati tidak banyak 'booth' yg menyediakan koleksi baju kanak2. Kalau ada pon, stok nya boleh dikategorikan tangkap muat saja dengan harga yang tak masuk akal!!!

Sebenarnya agak malas nak ke Kompleks PKNS sana. Beberapa tahun kebelakangan ini, PKNS tidak lagi destinasi peberet kami. Mungkin barang jualan di sana tidak lagi menepati pencarian kami.

Usai di Tesco, anak buah mengajak ke Giant Shah Alam pulak. Jom lah. Dah alang2 berada di bumi Shah Alam. Walhal sebelum itu beliau mengajak ke Pasaraya Hari-hari kat Sek. 18 sana, namun aku tolak mentah2. hehe.

Di Giant Shah Alam, senario sama jugak seperti di Tesco tadi. Terpaksa berlapang dada yg pencarian baju raya anak pada hari tersebut tidak membuahkan hasil.

Hala balik, singgah pulak Giant Putra Heights. Mahu beli lauk2 basah utk hidangan berbuka petang nanti. Sempat meninjau beberapa kedai dalam Giant, sudahnya rembat jubah 2 helai untuk Aisyah dan Ainaa di Butik PEACE.

Hari Ahad semalam pulak, kami menghala ke Pasar Karak (or karat??) di perkarangan Stadium Shah Alam. Dapat gak beli baju kurung for anak2, sedondon tiga badik. Baju cotton biasa corak polkadot.

Seronok di sini, banyak betul brg jualan nya. Memang boleh jadi 'one stop centre' lah utk membeli persiapan raya. Harga nya pon reasonable dan boleh tawar menawar sampai lebam. Pasar Karak ni katanya bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir lewat tengah hari, setiap Sabtu dan Ahad. Konsepnya pasar terbuka, untuk lebih selesa sila lah pergi seawal yang boleh. Alhamdulillah masa kami pergi semalam, cuacanya very nice, mendung redup agak selesa utk meladeni anak2. Kami sampai sana pon dah agak lewat, sekitar jam 10.30 pagi, parking nya padat tapi InsyaAllah ada je ruang nya.

Lebih kurang sejam lebih kami kat sana, dan tepat jam 12.30 kami dah berada di Puchong pulak. Kali ini terpukau dengan koleksi baju di sebuah Butik dalam Pasaraya Carrefour Puchong Utama. Butik Adagaya namanya. Kebetulan koleksi yg aku berkenan tu ada sedondon dengan anak. Cek tengok sizenya, utk Aisyah dan Ainaa ada!!! aduhaiiii...bila hati dah berkenan, payah betul nak pejam mata menolak. hehe. Utk si tenit Auni kami pilih sepasang hat warna seakan sama tapi berbeza corak.


Bajunya dari material Chiffon with lining, beadings kat leher dan sedikit di lengan baju. Beadings tu tak menggangu keselesaan anak yg memakainya since ada lining belah dalam. Cantik lah di mata kawe. Mata org lain tak jamin.

Puas hati trip kali ini. Lepas ini kena dok dediam doh la kot. Poket nipih doh ni. haha.

Petang semalam gak TERrajin pulak nak menerai buat kuih serimuka. Berpandukan resepi dari Chef Hanieliza dalam buku resepinya, Alhamdulillah menjadi. Cuma dek derhaka resepi sikit2, maka part atas kuih tu terlembik!!! Tapi tetap sedap.



Pulut yang dah ditekan2 dalam loyang, sedia utk di curahkan lapisan atas nya. Pulut tu aku taruk sedikit air pandan tu pasal ada cam ijo2 sikit kalernya. Derhaka lagi. hehe.


Sedia utk dikukus.

Yang jadi terlembik belah atasnya tu sebab mandai2 tuang belen kuah kastad puding roti. Patutnya taruk tepung kastad saja, tapi dek sayang kuah kastad secawan tu terus lebur sekali.


Puas hati dapat buat kuih yang tak pernah buat ni. Takda lah susah sgt nak membuatnya, bahan2nya pon senang saja. InsyaAllah semua boleh buat. Tinggal rajin, malas saja.

Oh ya. Ni menu smlm gak. Chicken Herbal Soup. Sesekali cemuh dengan sup melayu, meh la try soup chinese style pulak. Hat ni kawe guna rempah peket camni.



Senang sangat nak masak ni, main lebur je semua lam puyok. Selalunya selain ayam, boleh gak taruk cendawan, red dates. Suka hati lah nak taruk apa yg rasa sesuai. Nak taruk kentang pon boleh.


Sup ni tak perlu tumis apa. Cuma lebur, reneh saja dalam sejam lebih guna api perlahan. Lebur skali bawang putih dalam 5,6 ulas yang diketuk kasar dan halia 4,5 slice. Dan cuma tambah garam sikitttt je. Takmo bubuh garam pon takpa. Sedap dan fresh di hirup panas2.

6 comments:

  1. Salam kaksu, rajin nyer kaksu buat kuih. Bai rasa bosan cuti lelama nih, sabtu kemas rumah, ahad plak g sogo..xg pun area jln tar coz xlarat nak bersesak kat situ! Hari ni sambung buat almond london yg xabis hari tuh.

    ReplyDelete
  2. Time rajin Bai...ada gak time malas nya...keke..tgok ramai member dok menerai, tetiba rasa nk buat gak...waaahhh, buat sekut raya lg ka?...sedak tuh almond london...

    ReplyDelete
  3. cantik gakkk serimuka Su ni..apesal akak punya tak cantik erkk....derhaka gak ker kekkee...rasanya idak derhaka..ikut jer resepi tu..

    ReplyDelete
  4. Kak Inazz...tak cantik tang mana tu kak?..rasanya kalau ikut betul2 resepinya InsyaAllah jadi...bab derhaka tu x dapek nk nulun...haha...smlm amik mkn yg dh sejukkan lam fridge elok lak part atas tu...makin sedap rasanya...

    ReplyDelete
  5. akak dah tau dah kenapa serimuka akak tak lawa...hahaah...tak baca langkah demi langkah betul betul...tgk gambar jer kan...langkah ke 6 tu akak tak buat (masukkan dlm periuk, panaskan suam suam kuku), tu sbb lapisan atasnya lembik..ishhh...ari sabtu lepas, buat lagi..cantik jer jadinya...gambo jer takdan amik..hahahhaa..

    ReplyDelete
  6. rajinnya masak.
    nik window shopping jea. nasib baik la.tak byk duit yg keluar..hehe

    ReplyDelete