Sejak kebelakangan ini cuaca selalu hujan di sini. Sejuk. Dingin. Menambah mood santai bila berada di opis apatah lagi jika berada di rumah. Musim raya pon sudah berlalu tapi bahang raya masih terasa suam2 kuku. Baki serdak kuih raya ada lagi dalam balang kuih. Dan sudah 2 hari selera mahu makan nasi kapit bersama kuah kacang dan serunding daging. Menu yang langsung tak berkesempatan di jamah masa musim raya lalu.
Nasi kapit tu nasi impit lah bagi yang tak pernah dengar. Ikut sebutan orang kampung kawe. Asal salasilah dipanggil nasi kapit pon memang dari cara pembuatan nya yang perlu di KAPIT betul2 sehingga padat. Beras di masak dgn air yang banyak sehingga menjadi nasi lembik. Kemudian akan di masukkan ke dalam bekas sesuai yang dilapik dengan daun pisang keliling bekas dan di tekan2 nasi itu sehingga padat. Bila selesai memadatkan nasi tersebut, langkah akhir dgn meletak kan batu giling di bahagian atasnya utk mendapatkan kepadatan maksimum. Tiada batu giling, kadang lesung digunakan atau sekurang2nya sebekas air yg berat menjadi pilihan.
Selamat berhujung minggu semua. Selamat bersantai dengan keluarga tersayang.
happy weekend.
ReplyDelete