Wednesday, 3 October 2012

Hujung bulan ni nak raya lagi


Assalamualaikum Warahmatullah

Dok berangan nak tukar template blog kawe ni. Dah jemu kawe pon nak menatap blog yg makin menghampiri usia setahun bulan ni. Template blog aku jarang berubah wajah. Dan template ini paling setia selama hampir setahun ini. Rasanya perlukan sesuatu yang lebih FRESH. Tadi sempat skodeng template baru by blogger boleh tahan gak lawanya kan?

Hujung bulan ni bakal menyambut Raya Haji. InsyaAllah plan nya mahu balik kampung gak nanti. Tapi mood raya memang tadak apa lah, lebih kepada mood balik kampung bercuti dengan org tua saja. Tak pasti nak buat ibadah korban ke tak tahun ini. Faktor kesihatan Mek menjadi kekangan. Dan itu jugak yang membuat mood raya haji tak mai2 lagi.

Selalunya tiap tahun, sebulan sebelum tarikh Raya Haji, Mek akan tepon aku bertanyakan perihal ibadah kurban. Mahu ambil bahagian ke tidak, senang nak pergi booking lembu katanya. Awal2 booking boleh pilih lembu paling bagus. Memang Mek yang paling ceria kalau tiba bab begini. Dan selalunya tiap tahun rumah kami paling kurang ada 2 bahagian kurban kami ambil. Seakan KOSONG sambut raya Haji tanpa ibadah kurban sebetulnya.

Tahun ini Mek tak seceria dulu bertanya khabar perihal ibadah kurban. Namun InsyaAllah aku akan sediakan juga nanti bila tiba masanya. Yang penting raya haji ni mahu berkumpul ramai2 kami adik beradik di rumah Mek. Mahu buat kenduri kecil kalau di izinkan Allah dan dimurahkan rezeki.

Oh ya. Malam tadi merupakan pengalaman pertama Ainaa jumpa Dentist. At age 6yrs baru nak kenal doktor gigi. hehe. Ok la tu kan. Aku dulu dh tua bangka baru kenal dentist. Pahtu dia punya fobia, takut gegel tu takyah cakap la. Pakkal tak menahan sakit, paksa gak diri ke dentist. La ni baru berkurang sikit fobia tu. Sebab dh merasa sakit yg lagi sakit (sakit bersalin lorr...) so takat sakit gigi then jumpa dentist tu celah gigi je laaaaa...ececececehhhh. Haha.

Ainaa ni ntah bila masa giginya goyang ke apa, jgn harap laa dia nak cite kat mama, abahnya...tau2 satu malam ni dia dgn BANGGA show me her 'berlapis' teeth!!!

"tengok ni mama...gigi Ainaa BANYAKKKKK...HEBATTT!!!"

Banyak la ko nyer hebat nak oiiiii...jenuh gak nak faham kan dia kenapa gigi berlapis itu sesuatu yang tak bagus. For her, gigi banyak lagi laaaa senang nak makan, nak gigit apa2...adeh laaa.



Gigi depan hat bawah yang berlapis nya. So utk mengelakkan budak comel hat tak baper comel ni menjadi makin tak comel, maka marilah kita pergi cabut gigi nakkkk.


No comments:

Post a Comment