Saturday, 20 October 2012

Kawe anok kelate...no regret.

Assalamualaikum Warahmatullah,

Alhamdulillah pagi ni cuaca elok sangat utk tugas laundry surirumah. Cecepat setelkan memana laundry yang perlu di buat, ampaian pasti penuh hari ini!

Seronok nya bila angkat sidaian yang kering sekata elok berbau harummmm. Anak kampung kekdah nya, terasa puas cuma bila melihat laundry di sidai di bawah panas mentari atau sekurang2 nya di bahagian teduh yang masih terasa bahang panas matahari nya.

Kalau orang2 tua, banyak sungguh 'adab' nya kalau uruskan baju bajan ni kan?...Kalau basuh baju pakai tangan, WAJIB bilas perah kain tu sampai hilang buih dan tak boleh masih ada air berjejai2. Lagi2 kalau pakaian yang di bawa solat. Masa sidai, kena asingkan pakaian yang pakai sebelah dalam tu, sidai lah tempat tersorok sikit katanya. Biar tak nampak di mata orang.

Bakpo nyo Mek??...
"mung tok malu ko sidai suar daley, sarung kopek (opppssss..) abih ore bulih kelih tengok?... supo tengok barey mung la kalu gitu gok.." isks isks...tinggi sungguh imajinasi nya aihhhhhh.

Tapi itu lah, hasil adap yang diterap orang tua sejak kecil, aku membesar dengan sifat yang tak betah bila melihat pakaian2 dalam di sidai secara umum. Bila rakan serumah sewa ada yang selamba sidai spender, bra merata2 macam2 saiz macam2 kaler...malah kadang depan2 laluan umum rumah sewa yang dilalui ramai orang, aku tak pasal2 rasa malu. Macam benda tu kepunyaan aku pulak. haha.

Sampai lah dah kahwin, beranak pinak ni sikap tu masih tebal.

Bila nak sidai, kain baju kena dalam keadaan terbalik, biar warna tak luntur kata Mek. Sidai ikut turutan dari size besar hingga kecik, jangan caca marba main sangkut sidai saja. Tak cantik di mata katanya. Biar nampak kemas dan cara tu buat pakaian cepat kering Mek cakap. Benda kecik je kan ikutkan? tapi itu lah cara didikan orang dulu2. Penuh tertib dan molek.

Kawe dah demam bola ni!!!



Dengar cerita pakat berjujuk2 doh suku sakat ambo dok berkonvoi nak gi tengok bola kat stadium malam ni.

Mugo pakat berjurus lah maley ni dok daley stadium tu deh. Jago namo anok kelate mmolek.

Ni gambar kawe amik dari FB "I Love Kelantan"...gambar puok2 ambo pakat serbu stadium nok beli tiket bola.



"Ini nadi sebuah kekuatan pasukan, inilah sebab mengapa mereka diluar sana terlalu cemburu hingga terbit rasa anti-Kelantan dalam diri.

Inilah juga hasil perjuangan setia Tok Janggut melawan British, walau mati dan mayatnya diusung jauh dari Pasir Puteh keKota Bharu, ia tetap segar dalam ingatan rakyat Kelantan.

Hari ini, semangat Tok Janggut ini masih lagimengalir, mengalir dalam setiap tubuh anak Kelantan. Tidak kenal darjat, harta mahupun pangkal nama. Ini buktinya, anak Kelantan mulai berbaris jam 8 pagi hari untuk membeli tiket Final Piala Malaysia. Walaupun hujan lebat, ia tetap utuh berdiri dibawah naung negeri Kelantan yang tercinta.

Kelantan, dulu , kini dan selamanya."

Nukilan : Pok Dogo
Untuk I ♥ KELANTAN.











4 comments:

  1. anok kelate..mesti sokong kelate.GKG..hehe

    ReplyDelete
  2. Siх ӏnventoгs Κilled by Theiг Οwn Crеаtions

    my ωeb blog personal injury lawyer philadelphia
    My page ... car accident lawyer philadelphia

    ReplyDelete