Tuesday 23 October 2012

Scam Alert


Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Fazeela Rahim dan
juga warganegara Malaysia.

Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut
menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya
ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk
masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud
kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi
impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk Emeralds Stone dimana mineral
ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti
produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan
seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan
seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi
pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk
pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan
dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.

Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi
dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya
mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan
urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.

Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus
dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja.
Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli
mineral tersebut dengan harga USD4300 seperti yang ejen lama jual. Saya juga
akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada
CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih
lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan
saya akan terangkan melalui telefon.

Yang benar
Fazeela Rahim

______________________________________________________

Nota :
1. Boleh bagi kredit penuh dengan penulisan bahasa Melayu nya.
2. Setahun boleh kata 3,4x akan dapat email sebegini rupa dari pihak yang tak dikenali pon. Tak serik2 puak depa ni.
3. Berhati2 lah semua.





1 comment: