Tuesday 20 November 2012

Aktiviti kayuhan...


...bertambah hebat di musim cuti sekolah begini.

Assalamualaikum Warahmatullah,

Nampaknya geng kayuhan makin bertambah ni.


Pagi tadi Aisyah kena ke sekolah agama nya. Agak keliru sikit dgn jadual sekolah agama Aisyah ni sebab menurut surat makluman depa kepada ibubapa tempoh hari, cuti akhir tahun cuma seminggu saja iaitu 10/11/2012  hingga 17/11/2012. Selepas tarikh tersebut sekolah akan dibuka seperti biasa dan pelajar di wajibkan hadir ke sekolah sehingga akhir bulan Disember. Adakah sesi pembelajaran sekolah agama tidak sama dgn sesi sekolah kebangsaan?

Kawe ada juga bertanyakan pihak sekolah pasal hal ni, jawapan nya tetap sama iaitu "YA, Sekolah akan berjalan seperti biasa". Mengundang libang libu saja di hati teman. Tapi rasanya kawe antar si Aisyah sampai hujung bulan November ni saja, sementelah yuran nya pon dah dibayar sampai cukup bulan.

Untuk bulan 12 nanti kita cuti kan saja lah anak itu sebab menurut firasat kawe, sesi pembelajaran pada tempoh tersebut hanya OPTION saja. Atas dasar KOS OPERASI sekolah yang tetap perlu di tanggung pada bulan 12 tersebut maka pihak sekolah mengenakan syarat WAJIB pada ibubapa.

Bukan begitu?

Kalau bukan begitu, agak tidak logik cuti hujung tahun cuma 1 minggu saja seperti penggal2 biasa dan tidak mematuhi sistem pendidikan kebangsaan. Dan menurut Pengetua nya tiada sebarang ujian atau pon peperiksaan akan di laku kan sepanjang sesi pembelajaran ini, malah sukatan pelajaran nya juga cuma ulangkaji subjek semata.

Kawe cuma sedikit ralat bila pihak sekolah tidak telus dalam hal ini. Mengenakan syarat WAJIB utk merantai kami para ibu bapa utk terus membayar yuran bulan 12. Adalah lebih molek sekiranya penerangan dibuat secara jujur dan adil sebagai pilihan pada ibubapa. Kami pon tidak akan menolak kalau aktiviti itu nak diteruskan (dengan berbayar) asalkan anak2 kami mendapat kebaikan darinya.

Bukan begitu?....

No comments:

Post a Comment