Thursday 15 November 2012

Selamat Tahun Baru 1434H


Assalamualaikum,

Sesuatu yang indah bila menyambut tahun baru tatkala usia pon bertambah setahun lg semalam. Walau hakikat nya tiada apa yg membezakan hari semalam dan hari ini bila mana usia bertambah, namun jauh sudut hati terasa getar nya bila mengenang hari yang makin menyusut. Ya Allah, permudahkan jalan utk kebaikan bagi ku utk terus meniti sisa2 usia ini.



InsyaAllah, Hijrah ini takkan terhenti, tak kira detik dan ketika nya, selagi masih ada nyawa dan rahmat dari-Nya.

Minggu ni jadual kerja menjadi agak konpius. Kerja sehari, cuti sehari. Kerja cam main2 saja. haha. Ramai yang bercuti panjang sempena jadual kerja main2 minggu ni. Namun aku kerja macam biasa, bercuti bergolek dgn anak2 saja kat rumah. Hari ni Cik Abe tetap kerja juga, kampeni international katanya. International la sgt sbb nnti cuti ni akan di ganti dgn cuti Hari Raya/Merdeka Day for staff Nepal dorang.

So hari ni bakal duduk saja kat rumah. Beraktiviti bersama anak2. Sempena Maal Hijrah ni boleh la mama buka kitab dok bercerita pasal makna dan sejarah HIJRAH. Moga ada manfaat nya utk kami. InsyaAllah.

Selamat tahun baru. Salam Maal Hijrah 1434.

No comments:

Post a Comment