Wednesday 2 January 2013

Moh mancing...


...bersama Abah.




Lokasi : Tasik di Putra Perdana, Puchong, bersebelahan dengan jalan utama Putra Perdana dan SKVE.

Percaya tak, satu ketika dulu tasik ini TIDAK WUJUD pon. Kawasan ini asalnya merupakan kuari mengorek pasir. Kalau dulu boleh nampak pemandangan kuari tersebut sayup ke bawah dasar, lori2 pasir laksana lori mainan sebesar kotak mancis saja.Umpama sebuah cerun yang amat dalam jauh ke bawah. La ni dipenuhi air saujana mata mandang sampai ke paras hampir sekata dengan jalan. NGERI bila bayangkan betapa dalamnya dasar tasik ini.




 
Di hujung tepian tasik belah sinun, terdapat construction for commercial area by developer LBS. nama projeknya D'Island. Tak tercapai dek akal kawe how people sanggup bina dan beli rumah di tepian tasik begini. huhu. 
 
Putra Perdana sentiasa dekat di hati kami. Di sini lah aku dan cik abe mula membina hidup awal2 selepas bergelar suami isteri. Menyewa di flat sempit Rista Villa namanya. Sewanya cuma RM250 sebulan, tingkat 1. Memang murah dan sangat2 ekonomi bagi pasangan yang baru kahwin. hehe. Masa tu sekitar tahun 2004, rate sewa di kawasan ini adalah yang termurah. Bonus bagi aku sebab area ini memang dekat dengan my opis, ulang alik kerja tak sampai 10 minit pon. Cik abe lak kerja kat Shah Alam masa tu. Agak jauh for him tapi takpa dia kata, prinsipnya rumah mesti dekat dengan tempat kerja bini. haha.
 
Menimang anak sulung dan kedua pon kat sini lah. Tiapkali lunctime sempat pecut balik rumah menyusukan Aisyah dan Ainaa yang fully bf. Pengalaman yang manis sungguh.
 


2 comments:



  1. haaaa...tu lah, main petik je, ksu pon tokojut hasilnya. Not bad, even guna kamera cikai saja.

    ReplyDelete