Tuesday 1 January 2013

Tahun baru...


...katanya. Alhamdulillah di beri peluang untuk terus bernafas di ruang udara 2013.

Assalamualaikum,

Bangun pepagi cam biasa, dengan mood biasa dan rutin biasa. Cuma perut agak kebulur dek cuma mengadap makan mee segera je malam tadi. hehe. Malas masak kekdahnya. Plan tetengah malam sikit nak keluar makan2 kat luar sambil tengok bunga api, sudahnya pakat membongkang tido.

Teringat siakap stim limau ni Restoran WAFA ni. Aduhai, kecur mulut.



Restoran WAFA di kira port peberet kami singgah makan kalau outing ke rumah kakak di Subang Bestari. Dari zaman bertunang dengan cik abe dah stat mendetin di kedai ni. Masakan nya boleh tahan dan tak pernah berubah dari dulu sampai la ni.


Kedai ni terletak sebelah KIRI kalau dari Shah Alam nak menghala ke Sungai Buloh/FRIM, selepas trafik lite exit ke Kg, Melayu Subang belah kanan.



Rasanya depa stat menu panas ni belah petang onwards. Kalau dulu lunchtime pon meriah dengan menu nasi lauk campur, tapi la ni dah tadak rasanya. kalau ada pon menu light macam nasi ayam saja.

No comments:

Post a Comment