Friday, 15 February 2013

Family Trip - Terjah Utara (Part 1 - Overall)


Berangan nya dah lama - mahu jenjalan ke negeri2 belah Utara. I've never been there selama hidup ini, agak sadis bunyi nya tu. Paling jauh pon aku pernah sampai Ipoh, dua tahun lepas. Punya lah seronok masa tu bila pertama kali ke Ipoh, travel thru hiway yang elok molek macam PLUS hiway tu. Kagum tengok hiway LURUS bendul dan hentian R&R yang meriah dan canggih katanya. hehe.

Bila ada kesempatan hari tu, terus lah ON projek jenjalan Utara ni. Nak singgah semua negeri belah Utara tu sah2 lah tak sempat punya, so kami plan mana sempat saja. 

Plan nya tetiba, so agak kucalana jugak lah timing kami. Tapi bila mind setting dok set positif je manjang, Alhamdulillah segalanya kami harungi dengan perasaan lapang.


So True!!!

Since kami tak pernah ke sana, aku sediakan itinery mana patut sebagai asas rujukan kami.

--------------------------------------------------------------------
Secara ringkas nya intinery kami seperti berikut.

Jumaat (8/2/2013)
Bertolak dari KL ke Jeti Kuala Perlis jam 1 pagi dgn jarak perjalanan lebih kurang 7 jam.
Target sampai jeti jam 7-8 pagi

Sabtu (9/2/2013)
Naik feri ke Jeti Kuah. Target sampai Langkawi paling lewat jam 12tgh
Sewa kereta, make lite trip before check in hotel at 2.30pm
Agenda petang & malam

Ahad (10/2/2013)
Agenda pagi & tgh hari, then Check out
Balik ke Kuala Perlis naik feri paling lewat jam 1pm
Target sampai Kuala Perlis jam 3pm
Check in hotel kat Kangar

Isnin (11/2/2013)
Ronda2 Perlis. Check Out hotel
Agenda free & easy during travel back to KL
__________________________________________

Ada kekawan yang tanya kenapa tak spend lama sikit kat Langkawi. Trip sehari semalam gitu memang tak dan nak cover suma katanya. Tapi since plan kali ni cuma nak terjah saja and nak kaver banyak tempat kononnya, so kena la agih2 kan masa yang ada.

Agenda selepas hari Isnin (11/2/2013) tu saja buat free & easy. Ada la plan a few tempat nak singgah masa on the way back to KL tu. Antaranya aku taruk - Ladang anggur di Teluk Beris, Kuala Gula, Taman Tasik Taiping, Mee Udang di Kuala Sepetang, etc. And kami ingat nak spend a night kat memana yang kami tersadai tu lah. hehe. Check in ler memana yang ada kosong, tadak kalu jum lah tidur dalam kereta. R&R pon banyak and canggih katanya kan. haha.

Bersambung. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment