Wednesday 20 February 2013

Oh My Waja...


...tidak merajuk lagi.

Assalamualaikum,

Selepas kejadian INI, my waja dah tak meragam pasal tayar nya. Alhamdulillah.

Kisahnya bermula awal bulan Januari lepas bila kami tukar tayar baru. Sebelum ni my waja memang tak pernah menyusahkan tuan nya. Sangat2 gembira dengan perkhidmatannya walau pengalaman eksiden 4 kali dengannya dalam masa 6 tahun!! hehe.Terbaik.




My Waja - bukan gambar sebenar. haha.

Masa nak tukar tayar tu, macam biasa lah survey dulu kedai mana boleh bagi harga terbaik. Bila jumpa hat mesra poket, terus lah ON. Kedai nya pon dekat je dengan rumah dan opis, senang nak terjah gitu.

Selamat tukar semua, siap buat servis 'balancing & alignment' sekali. Pahtu orang kedai tu inpom rim tayar sebelah kanan depan tu bengkok sikit, kena kasi repair. Aku tengok mmg betul lah bengkok. No wonder kot sebab dulu aku pernah guna 'jalan hantu' ulang alik kerja. Konon nak jimat. Jalan hantu tu kadang OK je tapi most of time memang berhantu sungguh lah dengan lopak lubang nya. Masa tu aku main redah jer, tu yang buat rim bengkok kot. Cuma bila keadaan nya dah melampau hazab baru aku stop lalu situ, kena lah bertabah guna laluan bertol hari2.

My Waja ni kesayangan kawe, teman merempit nak angkut kulu kilir time opishour. Kawe lebih attached dengan nya banding Cik Abe yang dah mula selesa dengan Puan Exora. Dah masuk tahun ke-8 lah tahun ni dok pakai nya. So far puas hati dan berbaloi even cap lokal saja.

Panjang nya mukadimah aku.

Rabak teruk gak poket tukar tayar, ketuk rim, buat itu ini. As long as keta dah ok, lega la kan.

Seminggu lepas itu, mimpi ngeri pon bermula.

Cik Abe guna my waja satu malam ni pergi opisnya. malas nak keluar Puan Exora nya. Esok pagi baru kami perasan tayar kereta hat belah rim kena ketuk tu dah flat gila. Flat tahap takleh jalan dah la. Cik Abe cakap dia bawak malam tu tak rasa pelik ke apa.

Pergi kedai, cek semua tadak apa yang bocor. Lepas tu, kerja aku asyik laa kena cek tayar dan pam angin kat tayar tu seminggu sekali, lepas tu selang sehari, lepas tu sekali sehari!!!

Tiap kali tayar kempis, aku menonong pergi kedai nak cek. Kedai pon aku tak terjah kedai yang sama, tukar2 saja nak dengar kot ada beza pendapat ke apa. Kedai asal hat beli/tukar tayar tu aku terjah dua kali gak.

Semua cakap tayar or rim aku tadak masalah, tak perlu tukar tayar or tukar rim. Tapi kenapa selalu kurang angin bebbbb? Macam2 teori lah keluar sampai ada yang kata maybe ada yang sabotaj pancitkan tayar aku. haha. At last, satu pon tak menyelesaikan masalah, aku gak yang penat kena perhati tayar sokmo, pantang lepa merasa lah debar2 bawak keta tayar kempis nak nanti pam angin.

Satu kejadian ni betul2 buat aku naik darah. Tayar kempis kat opis. Aku minta tolong seseorang pam kan angin kat tayar tu guna pam motorsikal dia. Pam sesikit pon jadilah aku pesan, takat selamat aku nak gerak ke kedai berdekatan nak pam angin betul2. Sekali dia over rajin pergi tukar ganti tayar spare. Dah buat siap semua baru naik opis inpom aku. Takkan aku nak suruh dia buka dan pasang balik tayar? Masa depa buat tu aku memang tak tengok lah depa buat lagu mana.

Lepas tu aku keluar nak bawak keta ke kedai, gerak keta je terus mai bunyi pelik tang bawah!!! grong grenggggggg grong grengggggg macam bunyi besi kena sagat.

Aku turun cek tengok apa yang tak kena, macam ok je semua. Cuba jalan lagi, masih bunyi. Mai cuak terus aku tepon orang yang tukar tayar aku tadi. Aku ingat kot la skru tayar longgar ke apa.

"Hang tukar tayar tadi betul ke tak?...awat ada bunyi semacammmm je ni"

Dia konpiden je ckp semua OK tadak apa yang pelik. Lepas tu siap dia mai tulun bwk kan keta ke kedai yg jarak 500m gitu. Aku memang dah tak berani nak bawak. Aku tanya gak, ko bawak tu tadak bunyi ka, dia kata tadak. OK Fine.  Aku lak kena bawak keta dia. Kalau naik sama boleh lah aku perati sama.

Sampai kedai, again cek tayar hat kempis yang again katanya tadak masalah apa2.

Masa nak psg balik tayar hat selalu poblem tu, Tayar spare tu STUCK!!!

cong ceng cong ceng, rupanya budak tu SALAH PASANG skru. Skru jadi stuck takleh pusing keluar or masuk. Ahhhhh sudahhhh. Guna mesin takleh, guna tangan pon takleh.




Solution nya, kena kasi potong semua skru which cost me RM170!!! mak aiiiii. Dari masalah tayar kempis which cost me NOTHING, sekali timbul masalah bodoh ntah apa2. Minta diskaun dengan tokey kedai, dapat RM150. Phewwww mahai lagi tu.

Memang rasa nak hempuk orang ler masa ni. huhu. Aku suruh dia pam tayar, dia g tukar tayar. dah tukar tayar tak betul lak pasang nya tapi konpiden convinced. Dah aku inpom ada masalah bunyi tu lg dia wat nohe bwk gak keta sampai kedai. Actually bila dengar bunyi tu patut takleh bawak dah, kena buka skru pasang balik. Tapi bila kami bawa juga kereta tu yang buat skru jadi stuck habis takleh diselamatkan.

Paling tak boleh blah, yang aku percaya bulat2 kat dia pesal? Not so usual me ok. huhu. Sila salahkan diri sendiri sebelum nak salahkan orang yer dak. Lagi pon niat dia nak TOLONG aku gak kan, dia pon tak sangka jadi gitu.

Then, bila kejadian kelmarin , at least aku lega walau lagi sekali poket rabak tak sepatutnya. Dah jumpa punca masalah dan penyelesaian nya. Lega banyak.

Tayar tu benornya ada tergores mcm kena hiris pisau belah dalam rim. Panjang dalam 1/2 inci gitu.Tak tau la apa punca jadi terhiris gitu. Kalau nak kata kedai asal supply tayar komeng ke apa, aku dok bawa seminggu awal lepas tukar tu ok je tadak pulak tayar kempis. Lagi pon soheh tayar tu lulus SIRIM bagai. Semua kedai hat aku pergi tu cakap tayar konpem ori. Aku beli dua biji masa tu, hat satu sebelah lagi tu ok je pon. Aku saspek tergores masa kejadian Cik Abe bawak malam tu ler kot.


Dari goresan itu lah keluar angin sepoi2 thru rim. Angin sepoi2 tu akan jadi ribut topan keluarnya bila tayar makin kempis katanya. Masa awal2 maybe takleh nak detect sebab puncanya nipis halus sangat. Bila last kejadian, goresan makin dalam tu yang bila cek baru nampak puncanya kat situ.

Mula tu libang libu gak aku nak accept orang kedai tu cakap. Takut after tukar, kejadian SAMA jadi. Sebab ada yang kata RIM pon masalah. Tapi budak itu konpiden kata RIM aku ok, tayar je kena tukar lain. Then dia siap bagi warranty bagai, so ok lah.

Tayar baru yang usianya baru sebulan tu dah tak boleh guna, bunga tayar masih tak luak pon. Terpaksa tukar baru lagi sekali which cost me another RM200. Memang saja nak 'bermanja' kot my waja ni dengan tuan nya.


Sekian.








4 comments:

  1. rasanya skrg musim waja demam + buat hal kut..
    my waja pun dah create lots of problem kat cik abang... Hari tu beli spare parts.. RM500+.. pastu gi baiki upah RM70... pastu bunyi lagi... melayang lagi RM700++.. semalam buat hal lagi RM350... mepeh doh lah cik abey kawe

    ReplyDelete
  2. Noor Aliza...tu dia...ada musim kaaa...huhu...ke nk suruh tukar baru kot? haha...adeh laa...pitih oh pitih...

    ReplyDelete
  3. tu diaaaaaa...majuk kot waja sbb kene tinggal gi langkawi muahahaha

    ReplyDelete
  4. hahahaha...hoihhhh. Lenkali kena konvoi ler gini...

    ReplyDelete