Friday, 22 March 2013

Masak pedas kulit timun cina...

Jika beli timun cina aka tembikai, boleh la try resepi klasik ni.

Dulu masa kekecik ini antara lauk yg paling kerap Mek masak. Masa tu mek dan ayah ada mengusahakan kebun tembikai sbg hobi masa lapang. Mewah tembikai kami.

Dari pucuk tembikai, putik tembikai hingga buah tembikai ada je idea Mek untuk menyediakan masakannya. Yang penting berjimat kami dgn apa yg ada saja.

Resepinya mudah.

Kulit ari tembikai dari 1/2 biji - kupas kulit luar warna hijau, tinggalkan hat warna putih dan asing isi yg berwarna merah. Dikerat2 kecil petak2 anggaran besar 2 jari.

Bahan yang ditumbuk sekali sampai lumat -
Bawang merah 5,6 biji
Lada hitam 1 sudu besar
Isi ikan rebus/bakar 1 ekor

Cara masak
1  bubuh air anggaran 1.5-2 liter dalam periuk
2. Taruk bahan tumbuk bersama sekeping asam keping
3. Perasakan dgn garam dan serbuk perasa jika suka
4. Biar kuah mendidih
5. Masukkan kulit tembikai. Masak hingga lembut
6. Hidangkan panas2, sedap makan bersama sambal belacan!

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. search lauk timun..boring mkn lauk brempah..teringin yg masak2 air...terjumpa pula blog ni...macam seeedap je...dulu selalu lauk mcm ni utk betik muda pun sedap kan?..tq for sharing..bleh cuba ni...mkn pulak ngan sambal2 pedas kan...

    ReplyDelete