Wednesday, 10 April 2013

Musim perabih duit dan tambah duit...


Assalamualaikum,

Lagi genap tiga bulan, bulan Ramadhan tahun ni bakal menjelma. Panjang umur, murah rezeki boleh lah bertemu Ramadhan dan menyapa Syawal nanti.

Ni tetiba dok cakap psl bulan Ramadhan & Syawal pesal? hehe.

Dua bulan tu sangat sinonim dgn financial plan opis cap ayam aku ni. Time tu lah kalau nak merasa bos apek baik hati nak bagi duit raya ke apa. Dah macam tradisi tahunan dapat bonus time raya.

Untuk tahun ni, lesai je tugasan tax filing bos apek ujung bulan lepas, terus ngadap tugasan for raya ni. Kocek kampeni pon makin kempis lepas bayar cukai, so masa nya untuk penuhkan tabung balik. Hopefully tiga bulan ni cukup untuk penuhkan tabung kaw2.

Oh ya, bila tarikh PRU? belum umum lagi rasanya kot. Paling awal 2 minggu lepas bubar parlimen. Anggaran hujung bulan ni kah? Kena spare cuti nak balik kampung, kami masih pengundi berdaftar di kampung halaman masing2.

Kawe di Parlimen Gua Musang, DUN 1, N43 Nenggiri.
Cik Abe lak di Parlimen Besut, DUN 1, N04 Hulu Besut.

Sempat je terjah dua2 tempat dalam masa sehari tu untuk membuang undi.

Tahun ni kira kali ke-4 menjalankan kewajipan sbg warganegara Malaysia. Mendaftar seawal usia 21 tahun, maybe faktor Mek masa tu yang jadi orang kuat persatuan kat kampung tak nyabor2 nak daftar kan anak2 as pengundi. And I always pround and thanks to Mek sbb bertegas suruh kami berdaftar seawal usia wajib. Aku rasa kalau harapkan kesedaran aku sendiri nak mendaftar, lambat lah sikit kot. hehe. Banyak alasan dan kekangan konon.

So, happy mengundi semua.

Nota : Boleh semak SINI untuk info lokasi mengundi masing2.





1 comment:

  1. selamat balik mengundi...hati-hati di jalanraya...

    ReplyDelete