Wednesday 17 July 2013

Biadap!!!



KEBIADABAN ALVIN & VIVIAN

Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu?

Pasangan ini, sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya umat Islam di Malaysia apabila memuat naik sekeping gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh … wangi, enak dan menyelerakan” di akaun laman Facebook milik mereka.

Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan ini dilihat tidak sensitif dengan tindakan mereka sedangkan umum mengetahui ‘bak kut teh’ sinonim dengan babi.

Tidak cukup dengan itu, pada gambar tersebut, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu :

“Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini
Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri”

Selain itu mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Ekoran penyiaran gambar itu yang dikongsi oleh ramai pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan dan mengkritik tindakan mereka.

Rata-ratanya mahukan tindakan sewajarnya dikenakan keatas pasangan yang dilihat sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi yang mengundang kemarahan ramai di negara ini. Pihak berkuasa kena siasat secara serius, kenapa mereka berani hina dan cerca agama Islam menerusi laman-laman sosial, apa motif mereka dan siapa sebenarnya dalang disebalik perbuatan biadab itu.

Apa kata anda?
 
 

 

2 comments:

  1. aku pun tak paham apa mslh makhluk berdua ni
    ada je isu nak buat kontroversi
    saja nak jolok sarang tebuan
    hidup aman damai x boleh ke?

    ReplyDelete

  2. Kannnnn?...kot nak terus malukan diri sendiri x libatkan kesucian agama Islam takpa lah jugak.

    ReplyDelete