Wednesday 17 July 2013

Hantar lah lagi...takpa.


.."kecik tapak tangan, nyiru kawe tadahkan"...
 
Tertarik baca entry Kak Jee yang pasal "tak payahlah hantar kuih, malas nak balas".

Korang pernah terkena gitu dak? Samada as tukang bagi or tukang terima, rasanya masing2 ada dilemanya kan. Yang tukang beri dari niat asal nak berkongsi rezeki, mungkin timbul gak perasaan cuak kot lah jiran tak suka cara dan masakan kita tu. Tambah2 kalau nak bagi kat jiran yang memang dah terer masak itu ini, lagi cuak lebih. haha.

Tapi selalunya ended up, niat nak berkongsi rezeki itu mengatasi segala. Rasa seronok bila dapat memberi sesuatu dengan ikhlas tanpa harap kan apa-apa balasan.

Kalau dulu makanan di isi dalam pinggan elok untuk di hantar ke rumah jiran. La ni rasanya ramai yang selesa guna bekas plastik pakai-buang yang biasa saja. Bila guna pinggan tu memang rasa ralat selagi nampak pinggan jiran dok parking dalam gobok kita. haha. Cuba nak cecepat hantar balik takut tuan nya memerlukan. Kalau bekas plastik biasa tu tak ralat sangat nak simpan, kadang tak tahu mana satu orang punya sebab sama je bentuk dan rupanya. haha.

So far duduk di kejiranan rumah kawe tu, budaya berkongsi rezeki ini masih di amal kan jugak. Tidak selalu, tapi sesekali tu wajib ada. Tanda ingatan. Buah tangan nya pon pelbagai. Dari makanan hingga barangan, ada je yang mahu dikongsi bersama.

Ni tengah dok tulis entry ni, teringat juadah jiran hantar kelmarin. Belum berbalas lagi tuuuuu. Ada 5 bekas sekali hantar. Hambikkk. Menu yang dihantarnya SOTO. Sebekas isi kuah, sebekas isi begedil, sebekas isi nasi impit, sebekas isi su'un/tauge, sebekas isi ayam carik. Nasib lah sambal kicap nya ditaruk dalam supik kecik.

So, petang ni berbuka gapo pulok kito?

Semalam buat mee goreng. Tumbuk air lada* wat gu. Nyakuk wehhhhh. Mee ada belen sikit lagi, buat mee kari pon syok gak kan. Taruk kerang banyak2.




*Air lada = Cili padi ditumbuk bersama garam sampai lumat. Pahtu boh gula sikit dan cuka.

2 comments: