Monday, 29 July 2013

"Ketam hilang bang..."


Assalamualaikum,

Ramadhan dah masuk hari ke-10 terakhir dah. Alhamdulillah. Rutin sepanjang bulan ini pon dah makin sebati, yang pasti akan dirindui bila Ramadhan berakhir nanti. Aduhai. Moga mana yang baik dan bermanfaat itu mampu kami istiqamah kan. Aminnnn.

Cuti hujung minggu semalam paling seronok bila dapat cuti 3 hari berturut-turut. Berjaya langsaikan mana patut terutamanya bab persiapan raya anak-anak. Berbelanja yang kadang boleh membuat kita urut dada tengok nilai yang perlu dibayar.

Hari sabtu kami adakan majlis buka puasa sesama adik beradik yang tinggal sekitar sini. Kami berlima beradik sebenarnya, namun 4 beradik saja yang berkumpul di rumah my kakak di Subang Bestari nun.

Menu utama - bubur lambuk Mek style . Disediakan oleh my kakak yang punya air tangan setara Mek. Puas hati makan. Kawe cuma masak mee goreng dan lauk ikan singgang. Itu je yang rajin.

Sebelum ke rumah kakak, kawan my Cik Abe mai hantar ketam ke rumah. Besar2, hidup2 lagi. Rezeki. Cik Abe hantar ke rumah jiran 2 ekor. Lagi 3 ekor disimpan dalam tong putih kat yard belakang. Balik dari sana, tengok ketam masih ada dalam tong nya.

Bangun sahur lepas tu, pergi jenguk tengok dah tinggal SEKOR!!! 2 ekor dah hilang. Soheh merayap keluar tong memalam tu. Gigih ko yer ketam panjat tong tu. 

Bila dah cerah pagi sikit, Cik Abe rajin pulak pergi susur cari ketamnya. Risau kot termasuk rumah jiran, ada gak kes tersepit ketam bulan puasa ni. Jumpa sekor!!! Jauh gak lah ketam tu merayap. Bebel-bebel Cik Abe kat ketam tu tanya kenapa suka lari dari rumah. haha.

Yang sekor kawan nya tu sampai sudah tak jumpa. Dah jumpa tu, terus lah kawe masak ketamnya. Takut hilang lagi.




  Ketam pulang ke gagang nama resepi nya. 

4 comments:

  1. eh nakal ketam ni
    cubit baru tahu ;)

    ReplyDelete

  2. haha...berani nk cubit...baru hulur jari dia sepit dulu.

    ReplyDelete

  3. Lis...amik baton dr K.su nnti K.su buatkan naaaa....haha.

    ReplyDelete