Friday 12 July 2013

Saya Puasa. Saya Hamil. Saya OK.


Tajuk ala eksen, macam nak minta pelempang. kihkih.



(Btw, RAJIN SUNGGUH Kak Ton update blog ni kannnnn...)

Alhamdulillah, so far I am enjoying my puasa and my pregnancy. Maybe rasa mengantuk yang lebih dari rasa lapar. Nikmat gak tu. Menguap patplohpat kali sampai 'lenguh keng'* orang kampung kawe cakap.

At least, pengalaman puasa kali ni tak sehebat masa mengandungkan si AUNI tahun 2009. Masa Auni dulu, bulan puasa disambut dalam keadaan sarat berbadan dua. Dua minggu lepas sambut Raya, kawe bersalinkan mek tu. Bersalin awal. Semangat dok usung perut boyot balik kampung redah jem, Allah je tahu how suffer my body nak menyampai Gua Musang berbelas jam lamanya. Dah la masa tu ada kes terlibat dengan eksiden kat Bentong, betul2 mencabar emosi makyong. Lepas raya pulak sempat lagi kulu-kilir ber'open-house' rumah kawan2.

* lenguh keng = Lenguh adalah ala2 kejang dan keng adalah rahang mulut. Kejang rahang mulut.

Jum semak tips berpuasa bagi ibu hamil.

Rujukan : Dr Zubaidi

BERPUASA KETIKA HAMIL

• pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

• pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma dan kekacang untuk berbuka puasa.

• elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.

• pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.

• minum air yang banyak pada waktu malam. anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan ramadan.

======
hubungi doktor anda jika:
======

• anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.

• anda loya atau mula muntah.

• terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.

• anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.

• anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

• berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.

• anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

1 comment:

  1. so far xde mslh posa di bulan ramadhah masa peknen
    takde lagi kejadian pengsan ;)

    ReplyDelete