Thursday 5 September 2013

Virus Boros

 
 



Seperti nasihat Tun, kepada kerajaan supaya jangan boros! (setuju sangat..) Saya mengambil pendekatan ini untuk kita menginsafi bahawa sifat berjimat cermat amat penting bukan saja kepada kerajaan tetapi juga kepada setiap rakyatnya.

Adakah boros satu penyakit? Sebenarnya BOROS adalah satu sikap yang dimiliki manusia di mana mereka membelanjakan kewangan mereka secara membuta tuli, dalam erti kata lain secara tidak berhemah. Kalau ada lebihan agihkan kepada mereka yang amat memerlukan. ...

Boros mungkin terjadi apabila kita tidak nak mengasingkan antara KEPERLUAN dengan KEHENDAK. Keperluan biasanya macam makan hari-hari, barang-barang peribadi dan bahan-bahan keperluan untuk isi rumah... tapi bila dah dapat gaji atau ada lebihan wang, macam-macam benda tetiba masuk dalam list KEPERLUAN!

Adakah boros ni penyakit psikologi? Boros berlaku bila kita tak dapat menahan nafsu untuk berbelanja dengan sesuka hati. Jadi untuk mengawalnya, had kan batasan anda, cuba pujuk diri untuk tahan godaan bila melihat barang-barang yang bukan keperluan.
Jangan mudah tergoda dengan diskaun.. mungkin harga nya lebih murah, tapi kalau bukan keperluan, lebih baik tundakan hasrat tu dulu.. elakkan pemikiran seperti ini : "Kalau aku tak beli hari ini, nanti habis pulak ", ayat ni boleh digunakan bila kita nak membeli barang KEPERLUAN saja!

Paling penting, kita kenalah pandai membezakan KEPERLUAN dengan KEHENDAK. Bila dapat bezakan, perbelanjaan pun jadi lancar, kalau berabis pun , untuk keperluan.. tapi ingat berjimat bukanlah bermaksud kedekut pulak! (sampai subsidi pun kena potong?!)


Copy & Paste : Sumber FB Dato Dr Maznah Hamid

3 comments:

  1. aku rasa dah cukup jimat,tak tau nak jimat macam mana lagi dah

    TunM ni dia cakap benda betul,tp org selalu kata dia nyanyuk.huhu

    ReplyDelete

  2. As Salam Irfa,

    Tu la pasai...aku rasa Dr. Maznah ni 'sinikal' suh kerajaan yg berjimat lam artikel dia ni.

    ReplyDelete