Wednesday, 16 October 2013

Auni dah 4 tahun

Bismillahhirrahmanirrahimm,

Hari ini 16/10 genap 4 tahun umur Auni Madihah, my third anak dara, si bongsu yang ada before baby keluar. hehe. Selamat hari ulang tahun my dear Auni, Mama sentiasa doa kan Auni membesar dengan sihat walafiat, cemerlang budi pekerti, berjaya dan selamat dunia akhirat.


Auni ni kategori cilik bebenor banding dengan rakan sebaya nya. Tahun depan plan dah nak masuk Tadika camno lah gayanya. Masih minum susu dengan jayanya. Selang dua jam sekali soheh mintak nak susu. Makan tetap makan, susu pon mau jugak.

If makan nasi wajib ada lauk ikan goreng dengan kicap, boleh bertambah2 makan nya. Kalau tadak lauk ikan tu sanggup makan nasi kosong. So, kita ni bila masak akan pasti kan ada lauk ikan just for her sebab tak sanggup tengok dia ngadap nasi kosong semata. Abahnya yang suka melayan selera nya, kadang sanggup patah pergi kedai cari ikan semata. Ikutkan Mama nya ni salu lah nak suruh anak biasakan dengan lauk lain jugak.

Since dia yang paling bongsu now, memang manja terlebih lah. Tido masih nak berkepit dengan mama abah. Hari2 soalan peberet dia "Mama sayang Auni tak?..." Pahtu paksa kita pulak tanya dia soalan tu. Dok tgh meligat main pon boleh tetiba mai terpa tanya soalan gitu kat kita. Soalan lain yang juga peberet dia suka tanya ialah "Mama tau tak ari ni ari apa...?"  Dengan muka konpiden gila. Tak kira kita jawap apa, jawapan BETUL dia cuma "HARI INI HARI IBU lah, mama..." yer lah nak oiii. Hari2 hari ibu yer?...

Happy birthday Auni Madihah. You are blossoms in our heart, always.



2 comments:

  1. hepi belated besday si cilik auni ..lps ni jd kakak auni pulak .

    ReplyDelete