Monday, 18 November 2013

Daftar Bersalin di Hospital Putrajaya


Assalamualaikum,

Entah kenapa mengandung kali ini, macam terhegeh2 je buat persiapan. Sindrom anak dah ramai ke apa ni. Haha. Selalu fikir macam lambatttttttt lagi nak bersalin, ada masa lagi konon nak buat itu ini.

Ikutkan urusan pendaftaran bersalin ni boleh di buat seawal minggu ke-20 mengandung. Tapi dok la bertangguh nak pergi dari minggu ke minggu. Sampai dah masuk minggu ke-33 baru tersedar dari lamunan gitu. Gegel gak wehhh takut kena marah dek spital sebab lambat daftar. Paling haru, kalau permohonan di tolak. Tak pasal2 kena plan bersalin hospital lain pulak.

Jumaat lepas nekad ambil cuti untuk setel kan hal pendaftaran bersalin ni. Memang dari awal dah plan nak bersalin di Hospital Putrajaya saja, dah ada pengalaman melahirkan ketiga2 anak kat sana. Setakat ini, pengalaman aku bersalin kat sana adalah memuaskan. Moga kali ini pon sama lah nanti.

Alhamdulillah, dipermudah kan urusan aku hari tu. Maybe dalam sistem depa dah ada 3 rekod aku bersalin tanpa masalah kat situ. Kandungan kali ini pon tiada masalah juga setakat ini. Tanpa banyak tanya, lesai urusan pendaftaran hari tu dalam masa sejam saja. Kebetulan tak ramai orang pon yer gak. Tak perlu jumpa doktor pon, dan tak perlu booking untuk buat appointment check up. Kalau dulu, berlama gak aku kena bersidai kat situ. Buat minor check up pahtu kena booking appointment major check up kat situ, at least sekali sebelum due date.

Ni aku listkan antara prosedur biasa nak daftar bersalin di wad biasa di sini. Khasnya bagi yang menjalani rawatan check up di klinik swasta (bukan klinik kesihatan kerajaan biasa).

1.   Pastikan bawa buku rekod kesihatan mengandung yang disediakan oleh pihak klinik yang kita selalu berurusan. Selalu nya buku ini warna MERAH, PINK atau BIRU. Colours doesnt matter, yang penting ia nya buku rekod yang mengandungi segala data rawatan mengandung kita selama ini. Pastikan segala maklumat dan attachment medical lab report/gambar scan ke apa, ada di kepil kan bersama dalam buku tersebut.

2. Dapat kan surat rujukan (referral letter) untuk pendaftaran bersalin di O&G Hospital Putrajaya, dari doktor yang merawat kandungan kita di klinik tersebut.

3. Untuk urusan daftar bersalin di Hospital Putrajaya boleh dibuat setiap hari ISNIN DAN JUMAAT. Dari Jam 8 pagi hingga 5 petang. Boleh telefon untuk details info at 03-83124200.

4. Seeloknya datang awal ke hospital. Parking adalah sangat terhad.

5. Dapatkan nombor giliran di lobi utama. Sila tekan nombor untuk urusan bahagian O&G.

6. Kaunter pendaftaran nya banyak, InsyaAllah sekejap saja nombor giliran dipanggil.

7. Selesai di kaunter pendaftaran, kita nanti di arahkan ke KAUNTER A (BAHAGIAN O&G) pulak utk urusan berikut nya.

8. Di Kaunter A, sila serahkan buku rekod kesihatan dalam bakul kecil yang disediakan atas meja utama. Nanti nurse bertugas akan panggil nama kita utk urusan seterusnya.

9. Bila nama dipanggil, nurse akan key in segala data/info dalam sistem komputer. Jika dah ada rekod, cuma pengesahan saja akan dibuat. Selepas itu, mungkin di arahkan untuk buat minor check up seperti ujian air kencing, ambil timbangan berat badan dan tekanan darah.

10. Jika perlu, satu tarikh appointment akan di berikan untuk kita hadir kemudian nanti.

Tiada bayaran dikenakan untuk urusan pendaftaran ini. Dalam kes aku, tak perlu ada appointment check up dah kat sini lagi. Cuma sambung buat check up di klinik biasa aku pergi tu saja lah. Bila tiba nak bersalin, baru lah serah diri ke hospital nanti.

So far pengalaman bersalin tiga anak kat sini, semua nya adalah kelahiran normal. Keluar je tanda nak bersalin tu, terus shoot ke hospital bahagian kecemasan bersalin. Pahtu memang dok bersidai terus dalam labor room tak perlu masuk wad dulu ke apa, sebab salunya aku ni bila dah keluar tanda gitu, bukaan dah 50%. Sebab tu takleh nak bertangguh tunggu betul2 sakit baru nak pergi spital.

Pahtu nak tunggu 50% sampai bukaan betul2 full tu ambil masa lam sejam dua gak lah. Golek gelantang lah ko dalam labor room tu. Suami boleh teman kita dalam tu, dun wori. Bunyi macam mudah dan kejap je kan, tapi hakikatnya sakit bersalin tu tetap lah azabbbb. hehe. 



5 comments:

  1. dh 3x kali beranak..tetap jugak aku ngeri bila igt kisah dlm labour room
    huhu

    ReplyDelete
  2. puan, puan bersalin pakai GL ke atau FPP? info yg sgt berguna. terima kasih

    ReplyDelete
  3. puan, kalau dah daftar utk brrsalin, terjamin ke utk tidak dipindahkn k hospital lain jika dah penuh?

    ReplyDelete
  4. :) ops. comment awal2 terdelete la pulak. thank you for writing this post kak. memang plan nak deliver kat hospital putrajaya je tapi tak tahu prosedur untuk daftar. i'm still in my first trimester tapi nak rancang awal2. thanks again.

    ReplyDelete
  5. Assalam akak. klau alamat tinggal di semenyih, dapat ke dafter bersalin di hospital putrajaya?

    ReplyDelete