Monday 16 December 2013

Program anak2 masa cuti sekolah


Cuti sekolah kali ini memang takleh nak plan sangat untuk anak2. Awal2 memang dah beritahu dorang don't expect too much since mom's going to be in trimester phase during school holiday. Pergerakan serba terbatas, takleh nak sakan jenjalan cuti sana sini. Ikutkan plan asal, kami ada gak merancang mahu jelajah selatan cuti sekolah ni. Kena pospone lah nampak gayanya, tunggu baby besar sikit kita re-plan lah jika ada rezeki.

So cuti sekolah kali ni lebih bersifat domestik saja. Wahhh domestik gitu. Cakap je lah stay at home. haha. Cuma masuk awal bulan 12 ari tu, baru masuk kan Aisyah dan Ainaa ke kelas Tahsin kelolaan Tadika Ustazah Qiraati nya. Kelasnya tiap2 hari dari Isnin hingga Jumaat. Separuh hari kat kelas tersebut sebelum balik ke taska dorang jam 12tgh hari. So far so good for them.

Auni pon kami daftar kan juga utk program pre-tadika kat situ. Sebagai persediaan awal sebelum Auni memulakan sesi tadika nya bulan 1 nanti. Dengan harapan, Auni akan terdedah awal sikit dgn dunia baru nya dan kenali persekitaran dalam keadaan lebih santai bulan ini. Takda lah lelah sangat kot nak melayan pe'el biasa awal2 persekolahan.

Bulan ni bajet memang lelah sikit lah. Dengan nak bersalin, dengan persediaan anak nakmasuk sekolah, yuran program cuti, dengan yuran daftar tadika Auni. Phewww. Sapa suruh beranak hujung tahun kan? hahaha.  Sabo je lah.




No comments:

Post a Comment